Rabu, 13 Oktober 2010

TUTORIAL #18 - Apa itu LAYER?

Salam Sejahtera,

Dalam Autocad, setiap kali anda mahu melukis, tempatkan sesuatu itu didalam Layer tersendiri. Contohnya seperti kalau anda mahu melukis pelan sebuah bangunan, anda perlu asingkan drawing anda kepada beberapa Layer.


Sebagai contoh yang mudah ;

Layer 1 = ( Lantai )

Dalam Layer ini anda boleh tempatkan entity seperti, perimeter bangunan, kolum tiang, ruang bilik, pintu, tingkap dan sebagainya yang menjadi asas pertapakan bangunan tersebut.

Layer 2 = ( Perabut )

Tempatkan segala jenis perabut dan perkakasan elektrik termasuklah almari, cabinet, meja dan kerusi, cabinet dapur, peti ais tv dan sebagainya.

Layer 3 = ( Elektrik )

Dalam Layer ini anda boleh simpankan barang-barang elektrik seperti lampu-lampu, kipas angin, penghawa dingin, soket dan suis, pendawaian elektrik dan sebagainya.

Bagaimana membuat Layer?


1. Buka Autocad

2. Taip LAYER pada command , dialog box seperti dibawah akan muncul.



3. Selepas itu, taip ALT + N pada papan kekunci, sila lihat figure dibawah;
    Default akan member nama Layer 1.
    Anda boleh namakan sebagai layer ‘Lantai’.





Dengan sedikit kemahiran yang ada, anda boleh rename terus nama layer didalam dialog box Layer Manager ini. Begitulah yang perlu anda lakukan untuk layer seterusnya. Mudah bukan?


Jika anda menghadapi masalah tidak dapat membuat rename pada nama layer tersebut, jangan bimbang, ikut seperti langkah dibawah.

> Taip RENAME pada command line > dialog box seperti dibawah akan
    muncul:







Bagaimana memadam Layer?


Katakan anda mahu memadam satu Layer, Bagaimana anda lakukan?

Anda tidak akan berjaya memadam Layer jika layer tersebut mengandungi sesuatu entity didalamnya. Kecuali anda perlu memadamkan dahulu entity yang ada didalam Layer tersebut. Ada beberapa cara memadam sesuatu Layer.

Cara 1 :

Right click pada nama Layer dalam Layer Manager, dan pilih Delete Layer, kemudian tekan ok.

Sila lihat figure dibawah.

 
 
Cara 2 :


Taipkan ‘PURGE’ pada command line. Lihat figure dibawah;





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selepas anda menekan ‘Purge all’ semua entity yang tidak ujud dalam drawing termasuk Layer yang kosong akan terhapus. Ingat, pastikan Layer yang hendak dipadam tidak ada sebarang entity didalamnya.





Sekian. Selamat mencuba.
Admin.

End of Tutorial #18

Isnin, 11 Oktober 2010

TUTORIAL #17 - Apa itu XREF?

Salam Sejahtera,



Dalam Autocad, definasi XREF (external reference) secara mudah ialah satu drawing yang boleh digunapakai dalam sejumlah drawing yang lain. Disebabkan sama pada setiap drawing, maka anda tidak perlu melukis pada setiap drawing tersebut. Anda hanya perlu insert lukisan itu sebagai ‘xref’ kedalam setiap drawing itu.

Bagaimana mahu xref ?.

> Insert > External Reference > Select Reference File > .. atau,
> Taip: XR > Xref Manager > Attach> Select Reference File >..

(Sila rujuk tutorial sebelum ini.)




Katakan anda mahu melukis 4 drawing (layout plan) yang diantara mereka seakan-akan sama tetapi ada sedikit berbeza. Ambil contoh drawing dibawah yang telah siap sebagai rujukan. Drawing itu menunjukkan satu layout sebuah mini litar go-kart yang saya lukis dan telah dipermudahkan.

 
 
 
Katakan kita akan menyediakan 4 jenis drawing yang saling berhubungan antara satu sama lain.

1 : Lokasi projek litar.
2 : Perimeter area litar track yang hendak dibina.
3 : Pembinaan layout litar.
4 : Pembinaan litar yang telah siap.

 
 
 
Drawing 1: Lokasi projek litar. 

 
Perhatikan garisan contour dalam figure diatas. Kontour ini menjadi base bagi setiap drawing tersebut dan ianya kelihatan tidak berubah. Maka drawing 1 ini boleh kita jadikan suatu xref dalam drawing yang lain-lain.
 
 
 
Drawing 2 : Perimeter area litar track yang hendak dibina.

Dalam drawing ini kita hendak melukis satu perimeter kawasan litar. Perhatikan garisan merah itu ialah perimeter luar untuk lokasi litar tersebut. Untuk kontour kita hanya perlu xref saja dari drawing 1 kedalam drawing 2.
 

Drawing 3 : Pembinaan layout litar.
 
 
Perhatikan garisan dalam yang membentuk litar yang berbentuk ‘F1’. Jika perlu kita hanya xref drawing 2 untuk memudahkan melukis drawing 3. Tetapi saya ambil drawing 1 sebagai xref untuk ketiga-tiga drawing lain.

Drawing 4 : Pembinaan litar yang telah siap.

Dalam drawing 4, litar telah siap dilukis tanpa perlu melukis semula kontour dan perimeter area.


PENTING
Sekiranya ada perubahan kepada kontour,
kita hanya perlu edit pada drawing 1. Maka kontour pada drawing yang lain-lain juga ikut berubah apabila anda membuka drawing tersebut.


Itulah serba sedikit kebaikan XREF. Ia amat memudahkan kerja anda. Info ini terlalu ringkas dan basic. Jika anda ada apa-apa pertanyaan mengenai xref, sila email saya di:


mancadd@yahoo.com




Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba. :)



Admin.

End of Tutorial #17

Rabu, 6 Oktober 2010

TUTORIAL #16 - XREF Titleblock ke dalam Paper Space (Layout)

Salam sejahtera,





Saya sibuk sikit sejak kebelakangan ini, sibuk urusan negara, urusan dunia, memang dah menjadi lumrah kehidupan kita, apa nak buat lagi. Kalau nak difikirkan memang hidup kita ni teramatlah pendek yer. Yang kita sibukkan ni semua bakal kita tinggalkan suatu masa kelak.



Oklah, seperti yang saya janjikan dalam post saya terdahulu, bagaimana kita nak xrefkan satu titleblock kedalam layout drawing kita. Sebelum tu anda kena memahami apakah makna 'xref' itu sendiri. Saya rasa bagi anda yang dah sampai ke tahap version LDD 2005 ni, dah tentu anda tahu kerja-kerja 'xref-mengxref ni..(maaf yer guna bahasa melayu kawin mat saleh).





Katalah kita nak xref title block saiz A4 kedalam Layout. Mula-mula sekali anda kena lukis dulu title block A4 tersebut dalam model space. Gunakan skala 1 : 1.






Saiznya panjang x lebar = 287mm x 200mm (rectangle). Sila lihat rajah dibawah.



Berikan nama lukisan titleblock itu sebagai TBA4L.dwg

'Move'kan title block yang anda telah siap lukis kepada kordinit (0,0) seperti dalam rajah di atas. Selepas itu savekan drawing anda seperti biasa dalam Autocad dwg file. Saya cadangkan anda create satu folder baru. Letakkan nama 'XREF' untuk folder tersebut. Simpan semua Xref anda disana.



Anda sudah pun siap membuat satu block yang boleh dixrefkan bagi setiap lukisan anda yang akan menggunakan saiz paper A4.



Bukakan satu lukisan yang baru, lukislah apa saja yang anda suka dalam lukisan itu, contohnya satu kekotak ke, garisan ke atau apa sahaja yang anda tahu unit saiz atau skalanya.



Kemudian, klik kat Layout. Right click pada tab layout itu;

>Page Setup Manager > Modify > sila lihat figure dibawah;



Setelah anda memilih 'Page Setup Manager.., Dialog utamanya akan muncul seperti dibawah;



Selepas anda select 'Layout; setkan plotter, paper size, plot scale 1 :1,  dsbnya, klik ok. Kembali kepada layout semula.


Selepas itu taipkan 'xref' atau 'xr' kat command line. Xref manager dialog box akan muncul. Sila lihat figure dibawah;




Klik 'Attach' selepas itu cari drawing titleblock TBA4L.dwg yang anda lukis sebentar tadi.




Reference type > pilih attachment, yang lain check box, biarkan uncheck. Klik ok, then ok lagi sekali kembali ke lukisan anda. 




Sehingga sekarang anda sepatutnya telahpun siap satu layout yang terdapat title block A4 saiz didalamnya. Lalu bagaimana memasukkan lukisan dari model space kedlm title block ini?

Taipkan 'MV' pada command; guna mouse, buatkan satu rectangle dalam ruang titleblock. Apabila selesai membuat rectangle, Autocad akan memaparkan lukisan dari model space dengan skala view 1 : 1.

Ok, hasilnya seperti figure contoh dibawah;





Anda boleh la mencuba dengan title block saiz-saiz kertas yang lain jika perlu.



Agak sukar untuk anda memahami peringkat ini. Tetapi dengan latihan yang kerap anda akan dapat mengesuainya. Saya akan cuba membimbing anda sekiranya anda memerlukan begitu. Jangan malu dan segan untuk menghubungi saya.







Sekian untuk kali ini. Selamat berjaya.

Admin

End of Tutorial #16





TUTORIAL #15 - Penentuan skala melukis dan saiz kertas





Salam sejahtera,



Anda tentu biasa mengalami masalah ketika hendak plotkan drawing kepada beberapa jenis kertas, saiz A4, A3 ataupun A1. Lalu bagaimana anda lakukan?




Biasanya saya lakukan:

MELUKIS -    dalam 'model space' dan,
PLOTTING -  melalui layout. 

Layout (paper space) adalah mewakili saiz kertas yang berbeza. Bererti skala setiap layout juga berbeza.


Peringatan:
Sentiasa melukis dalam 'model space' dengan skala 1 : 1.


contohnya:


Katalah anda mau melukis satu garisan yang panjangnya 20 meter, maka mesti dilukis 20 unit pada model space dalam Autocad. Bila anda mau plot, gunakan layout. Anda kena keluar dari model space dan klik pada layout tab sebelah aje dengan model space. 'Delete' dulu semua entiti yang ada (jika ada) didalam paparan layout itu.






Selepas itu 'right click' pada layout dan klik 'page setup manager' lepas tu 'modify'. Bermainlah anda disana dengan mengisi apa yang anda perlukan dan jangan lupa pilih printer anda, 'pen styles, paper size' yang diperlukan dan yang penting sekali, 'what to plot' mesti taruk 'Layout' dan 'scale' mesti 1 : 1.



Selepas ok dan keluar dari situ, taip 'mv' pada command, gunakan cursor buat satu rectangle bagi mewakili saiz paper. Anda akan nampak garisan yang anda lukis di model space tadi.
Makanya skala yang ditunjukkan pada layout itu adalah 1 : 1 ( 1 : 1000). Anda boleh bermain-main dengan scale disini mengikut kecil besar lukisan yang nak ditunjuk.



Kalau sudah pasti, plot ke printer, lepas tu gunakan 'scale rule' untuk memastikan skalanya tepat atau tidak pada lukisan tadi.






 Anda boleh lakukan langkah-langkah ini untuk saiz kertas yang berlainan. Buat latihan selalu pastinya anda akan berjaya menguasainya.




Akan datang kita belajar bagaimana nak xref title block kedalam Layout.



Selamat berjaya.

End of Tutorial #15

TUTORIAL #14 – Bagaimana Membuat Cross Section

Salam Sejahtera,




Bagaimana membuat pandangan keratan rentas sebuah bukit (cross section view). Dalam tutorial yang lalu anda telah mempelajari bagaimana membuat contour sebuah bukit. Kali ini kita belajar bagaimana membuat suatu keratan rentas. (Cross Section).
Dalam tutorial ini kita akan menyambung tugasan dari tutorial #13 yang lalu.Buka drawing yang mempunyai garisan contour sebuah bukit.









Buat ‘surface’ pada contour bukit tersebut jika belum mempunyai surface.
Tanpa ‘surface’ anda tidak akan boleh membuat pandangan ‘cross-section’
pada bukit tersebut.

Klik > Terrain > Terrain Model Explorer .

Anda akan dapati dialog box seperti ini;





Perhatikan ‘Surface 1’

Right klik pada ‘Surface 1’
Dialog box seperti dibawah akan muncul.






Right clikck  Surface 1 > Surface Display > Quick View.
Gambarajah seperti dibawah menunjukkan garisan TIN (triagulated irregular network) akan terbentuk.  TIN akan hilang apabila sebaik saja anda menggerakkan cursor.





Kemudian buat satu garisan AB yang merentangi contour bukit tersebut seperti ditunjukkan dibawah;





Langkah seterusnya;  

> Terrain > Sections > View Quick Section.
( seperti  figure dibawah) Akhirnya satu cross section akan terjadi seperti ditunjukkan dibawah;
  





 



Anda boleh import Cross section ini dan boleh di edit sesuai dengan kerja anda;


>Terrain > Sections > Import Quick Section.
( dengan mengikuti beberapa arahan yang mudah, anda telah pun berjaya membuat suatu cross section.)
 
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.

#End of Tutorial #14