Salam Sejahtera,
Pernahkah anda inginkan teks yang berwarna putih didalam lukisan pelan anda? Teks yang dimaksudkan itu adalah seperti dibawah.
Dalam Autocad, biasanya teks atau font yang berwarna putih itu apabila print keluar ia adalah sebenarnya hitam. Ini tidak menjadi hal kerana biasanya teks atau tulisan berwarna hitam dan di cetak pada kertas berwarna putih. Tetapi bagaimana jika anda mahu menjadikan teks atau tulisan itu berwarna putih, sedangkan pada screen Autocad, tulisan itu berwarna putih?
Ada beberapa cara untuk membuatnya tetapi yang saya selalu lakukan ialah seperti berikut:
1. Pilih teks yang hendak ditukar kepada warna putih. Anggap teks dibawah sebagai contoh.
2. Dalam screen Autocad teks kelihatan berwarna putih, tetapi ia sebenarnya akan kelihatan hitam pada kertas lukisan. Taipkan 'color' pada command. Dialog box seperti dibawah akan muncul, Tukarkan nombor kod warna putih itu menjadi; 255,255,255 seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.
Taipkan sahaja nombor seperti yang ditunjuk anak panah |
3. Walaupun telah ditukarkan kod warnanya, teks tersebut kelihatan tidak berubah.
4. Buatkan satu rectangle dan isikan solid hatch dengan warna putih. Lihat gambar dibawah.
Rectangle atau segiempat tepat yang telah di isikan solid hatch berwarna putih. |
4. Move atau alihkan tulisan itu masuk kedalam rectangle tersebut. Letakkan teks tersebut betul-betul ditengah rectangle itu. Apabila anda alihkan teks kedalam rectangle, teks tersebut tidak dapat dilihat lagi.
Bawakan teks itu masuk kedalam rectangle |
Sekarang teks tidak kelihatan lagi |
Kadang-kadang anda boleh mempercantikkan lukisan dengan gaya teks yang begini. |
Inilah cara yang saya tahu. Mungkin anda anda cara lain yang lebih baik, tolong share ok?
Selamat Mencuba.
Terima Kasih.
Rahman Ahmad
Admin
Belajar Autocad Mudah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan