Rabu, 26 Ogos 2009

TUTORIAL #6 - Bagaimana Menentukan Jenis-Jenis Teks


Gambar Hiasan Autocad


Salam sejahtera,

Bertemu lagi dalam tutorial yang ke 6.

Saya harap anda sihat sentiasa. Hari ini kita akan membincangkan bagaimana cara menyediakan teks di dalam lukisan anda.

Autocad menyediakan pelbagai jenis teks kesukaan anda untuk dipilih. Untuk default Autocad menetapkan teks jenis ‘txt.shx’ sebagai teks asas. Antara jenis teks yang popular ialah, Arials, Roman, Simplex, Comic sans dan lain-lain.

Secara ringkas, sebelum anda mempelajari melukis dalam Autocad, saya kira lebih baik jika anda mempelajari dahulu bagaimana sesuatu teks di adakan didalam Autocad.

Mudah sahaja, anda perlu menentukan apa jenis teks yang ada mahukan dalam lukisan anda.
Kebiasaannya ada dua cara bagaimana memasukkan teks kedalam lukisan anda;

DTEXT - Teks sebaris (single line text)
MTEXT - Teks berganda baris (multiline text)

Untuk lebih sesuai dengan kemajuan Autocad pada hari ini, saya cadangkan anda sentiasa menggunakan cara yang kedua iaitu menggunakan MTEXT. Jika sekiranya anda masih memerlukan hanya satu baris teks, Anda hanya 'explode’ saja teks itu. Maka anda akan mendapati teks nya berubah menjadi DTEXT.

Dibawah ini adalah tetingkap dimana anda boleh mendefinasikan pilihan teks anda;



click image for large view

Jika anda mahu mendefinasikan teks, klik saja pada tombol ikon dan tetingkap pemilih teks akan muncul seperti gambarajah dibawah.




Anda boleh memilih dan mengubahsuai teks dengan memasukkan nilai didalam dialog box yang disediakan. Apabila anda mengubah sesuatu teks, anda perlu ‘Apply’ dan teks yang telah terpilih akan menjadi menjadi teks asas dalam lukisan itu.

Secara default Autocad akan memberi nama teks pilihan asasnya sebagai ‘Standard’. Anda masih boleh menukarkan jenis font kepada pilihan anda. Atau juga anda boleh memberi apa saja nama kepada teks pilihan anda sendiri. Klik ‘new’ pada dialog box diatas, berikan satu nama dan pilihlah teks idaman anda!

Saya sering menggunakan teks dari jenis font ‘Simplex’. Font jenis jenis ini amat sesuai sekali untuk sebuah lukisan kejuruteraan. Kemas, mudah dibaca serta menarik.

Ada pelbagai jenis font yang anda boleh pilih. Cara memilih font dan teks adalah sama saja seperti pada perisian Microsoft word.

Autocad memberi saiz default 0.2 pada setiap kali anda membuka lukisan baru. Walaupun begitu anda tetap masih boleh mengubahsuai saiz teks itu.





Didalam sesuatu lukisan autocad, boleh jadi ada beberapa jenis teks serta font. Tetapi sebaik-baiknya biarkan satu jenis teks sahaja yang yang diguna.

Saiz teks juga tidak semestinya sama didalam satu lukisan kejuruteraan. Anda perlu bijak untuk menentukan saiz teks mengikut keperluan anda.

Contohnya, jika teks yang biasa, gunakan saiz biasa yang sama setara, tetapi untuk tajuk atau nama khas, maka saiz teks perlu lebih besar dari biasa.

Autocad Tips
Untuk memeriksa ejaan teks anda salah atau benar, taipkan 'SPELL' pada command. Anda akan dibantu oleh Autocad untuk menentukan jari jemari anda tidak silap lagi menaip. :)



Selamat Maju Jaya.
author

End of Tutorial #6


TUTORIAL #5 - Toolbar Icon 2


Gambar hiasan Autodesk Land Desktop 2005

Salam sejahtera,

Bertemu lagi kita pada Tutorial #5.

Sambungan kepada tutorial yang lepas, jika anda telah mengetahui serba sedikit mengenai toolbar untuk melukis, anda harus juga mengetahui serba sedikit 'toolbar sokongan' ketika melukis.

Toolbar sokongan ini mempermudah serta memberi jitu kepada lukisan anda. AutoCad menamakan toolbar sokongan ini sebagai 'Osnap' (Object snap).





Osnap digunakan ketika kita melukis sesuatu, contohnya anda mahu menyambung 2 garisan, anda harus menyambungnya dengan betul-betul tepat antara satu sama lain. Osnap memastikan 2 garisan dalam contoh ini tersambung sempurna.
Lihat gambar dibawah.




Apabila anda menaip katakunci 'osnap' pada command, 'dialog box' seperti diatas akan muncul.
Kita cuba mengenali satu persatu setiap osnap itu,

= snap to endpoint
'menangkap tepat' hujung dengan hujung. Ini penting kalau mahu menyambung garisan atau 'base point kepada arahan 'copy' 'move', 'rotate' dan sebagainya.

= snap to midpoint,
menangkap tepat di tengah-tengah suatu garisan. Osnap ini membahagikan garisan kepada dua.

= snap to intersection
menangkap tepat kepada titik persilangan garisan. Jika garisan itu tidak tersilang, maka osnap ini tidak akan melakukan apa-apa.

= snap to apparent intersect
menangkap tepat kepada titik silang yang paling hampir.


= snap to extension

menangkap tepat kepada titik anjakan dari suatu garisan kepada hujung yg di'extension'kan dari garisan itu kepada titik 'teranjak' yang lain.

= snap to center
menangkap tepat ditengah-tengah pusat bulatan.

= snap to quadrant
menangkap tepat disetiap suku bulatan, kalau di nisbahkan jam, iaitu pada jam 12, 3, 6 dan jam 9.

= snap to tangent
menangkap tepat suatu garisan kepada sisi tangent suatu bulatan.


= snap to perpendicular
menangkap tepat kepada suatu garisan melintang berkedudukan 90° tepat.


= snap to parallel
menangkap tepat suatu anjakan selari kepada satu objek.


= snap to insert
menangkap tepat kepada titik insert suatu 'attribute', 'block' ataupun teks.


= snap to node
menangkap tepat kepada satu-satu titik Autocad.


= snap to nearest
menangkap tepat ke satu titik pada semua jenis garisan, titik2 point, 'ellipse' atau dll.


= snap to none
menterbalikkan arahan osnap


= Object Snap Setting Dialog Box
membuka paparan Osnap setting.



Banyak cara anda boleh setkan osnap, antaranya ialah taipkan 'os' atau tekan F3, atau klik kanan pada tombol 'osnap' seperti ditunjukkan gambar dibawah.




Anda perlukan latihan selalu sebelum anda betul-betul mahir mengunakan semua osnap ini. Jujur saya katakan, saya sendiri tidak cekap menggunakan semua osnap itu. Ada beberapa jenis osnap yang memang sering kita gunakan ketika melukis. Anda akan tahu apabila anda sudah benar-benar menjadi Autocad Draftsmen. :)

Hatch

Hatch adalah satu area yang berlorek didalam sesuatu drawing. Anda akan menggunakan hatch untuk membezakan sesuatu yang hendak dilukis. Ada berbagai jenis hatch yang boleh dipilih.

Sila tonton video dibawah:


This video uploaded to YouTube by nrbaki on Oct 9, 2007


Autocad Tips

Untuk membuat tanda atau simbol diameter, cuba taipkan ' %%C ' dalam teks anda.



Sekian dulu tutorial kali ini, anda pasti berjaya walaupun belajar Autocad bersendirian dirumah.




Selamat Maju Jaya,
author.


End of Tutorial #5

Isnin, 17 Ogos 2009

TUTORIAL #4 - Toolbar Icons

Mengenal 'arahan command' yang utama semasa melukis


Selamat sejahtera,


Saya ingin meminta maaf atas sedikit kelewatan tutorial ke 4. Kebetulan komputer saya baru terkena 'kilat' dan mengalami kerosakan kepada 'power supply' dan 'internet modem'. Saya mengambil sedikit masa untuk membetulkannya.





Ok, kita sambung tutorial Autocad for beginner ini dengan mempelajari 'toolbar icons' yang sering kita lihat pada paparan 'model space' Autocad.

Dibawah ini adalah ikon-ikon perkakasan (toolbar icons) yang sering kita gunakan setiap kali melukis. Ikon2 itu terletak disetiap sisi tepi paparan melukis Autocad.


= Line, atau taip 'l'
Untuk membuat sejumlah garisan 'tidak bercantum' segmennya.


= Polyline, atau taip 'pl'
Untuk membuat sejumlah garisan yang bercantum segmennya.


= Copy, atau taip 'cp'
Untuk menyalin (copy) sesuatu objek atau entity.

Sila tonton video dibawah:


This video downloaded from http://autocadvids.com/blog/video-2/



= Erase, atau taip 'e'
Untuk memadam sesuatu objek atau entity.


= Trim, atau taip 'tr'
Untuk memotong sebahagian objek atau garisan.


= Extend, atau taip 'ex'
Untuk memanjangkan sesuatu garisan sampai kehujung yang dikehendaki.


= Offset, atau taip 'o'
Untuk menganjakkan sesuatu objek atau entity.


This video downloaded from http://autocadvids.com/blog/video-2/


= Move, atau taip 'm'
Untuk memindahkan sesuatu objek ketempat lain.

= Rotate, atau taip 'ro'
Untuk memutarkan sesuatu objek atau entity.

= Mirror, atau taip 'mirror'
Untuk membalikkan sesuatu objek kepada satu paksi secara simetri.
= Divide, atau taip 'div'
Untuk membahagikan sesuatu garisan kepada beberapa segmen yang sama.

= Scale, atau taip 'sc'
Untuk membesar atau mengecilkan objek dan juga entity.


= Stretch, atau taip 's'
Untuk 'mengoyak' kembang atau mengecutkan sesuatu objek.


= Array, atau taip 'ar'
Untuk menyusun sebilangan objek yang sama kepada struktur bulatan atau segiempat.

= Break, atau taip 'br'
Untuk mematah atau memutuskan kepada bahagian2 yang kecil pada satu garisan.
= Explode, atau taip 'explode'
Untuk memecahkan sesuatu objek yang tergabung kepada bentuk terurai .

Dibawah ini adalah senarai command yang penting yang saya dapat dari website > http://www.autocadelite.com/


Banyak lagi arahan command yang terdapat dalam Autocad. Ini adalah sebahagian kecil sahaja.
Ia amat penting kepada semua pengguna Autocad terutama sekali kepada user yang baru.

Cara memasukkan arahan itu, anda boleh menaip di ruangan command atau pun mengklikkan pada ‘icon toolbar’ yang ada disekeliling ruangan melukis.

Untuk menjadi mahir dengan semua toolbar itu, anda perlu sering mencuba menggunakannya.

AutoCad Tips
Taipkan 'cal' pada command line, masukkan, 2*5, enter. Anda akan dapati satu calculator mudah pada command line. cubalah dgn angka2 yg lain.
Sekian Selamat Maju Jaya.
author.
End of tutorial #4

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sembang-sembang Selingan

Salam sejahtera,


Kemanakah anda menghabiskan cuti dihujung minggu ini? Tentu sekali anda punyai aktiviti sendiri yang menjadi rutin hidup anda disamping ahli keluarga serta rakan-rakan.

Bagi yang bekerja, inilah masanya untuk berehat-rehat dirumah ataupun membawa ahli keluarga pergi 'bersantai' ditempat-tempat yang boleh menghiburkan hati serta menenangkan minda setelah penat bekerja.





Kesibukkan kerja yang melampau akan menjejaskan kualiti hidup. Ahli keluarga yang perlu diberi perhatian akan diabaikan demi tugas untuk mencari kekayaan.








Aktiviti di hujung minggu amat terbaik kita lakukan supaya tubuh badan serta minda mendapat kesegaran untuk memulakan kerja pada minggu seterus dan seterusnya.




Terasa amat cepat sekali masa berlalu, sehari lepas sehari, minggu bertukar minggu, bulan, berubah bulan dan tahun berganti tahun. Bagi saya, amat terasa pantas masa berjalan. Sedar tak sedar umur kita semakin menjengah dewasa dan tua.

Kalau dulu semasa kecil dan remaja, umur tua serta penyakit2 nya bukan untuk kita, kononnya untuk orang lain, tetapi semua itu hampir menghampiri kita.

Begitulah terasanya cepat masa beredar 'mengheret' diri kita bersamanya dan tiada sedikitpun kompromi diberi kepada kita.

'Masa sekarang sudah singkat dari dulu', Kita sering mendengar orang mengatakan begitu. Tetapi kalau difikirkan, jarum jam yang ada ditangan bergerak sama saja pada bila-bila. Betulkan?

Ok oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membiarkan masa berlalu begitu saja. Kerana detik2 yang berlalu itu adalah yang tidak sama dan tidak akan kembali lagi.

Saya sedang menyiapkan tutorial yang ke4, dan artikel pendek ini adalah buat selingan sahaja.

Tutorial yang ke 4, bakal akan saya post kan esok, dan saya akan menambahkan sedikit isinya dengan memasukkan Autocad Tips pada setiap tutorial akan datang.



Sekian Selamat Maju Jaya,

author.

Khamis, 13 Ogos 2009

TUTORIAL #3 - Mengenal Perkakasan Untuk Melukis (Drawing Tool)

Salam sejahtera,


Bertemu lagi di tutorial ke 3. Semoga anda sihat dan ceria selalu.

Pada tutorial yang lepas, kita belajar bagaimana hendak membuka serta menyimpan lukisan Autocad. Pada tutorial kali ini, kita akan mempelajari bagaimana hendak memulakan melukis.

Sebelum anda mula melukis,anda mungkin tertanya tanya bagaimanakah mahu memulakannya? Apakah yang harus anda lakukan dulu? Ya, sudah semestinya banyak soalan yang berlegar di fikiran anda.

Maklumlah sesuatu yang baru bagi anda. Sudah tentu ada yang tidak ketahuan. Saya semasa baru-baru belajar Autocad dulu pun teraba-raba untuk memulakannya.






Cara melukis dipaparan Autocad tidak banyak bezanya melukis di atas sehelai kertas. Cuma bezanya dalam Autocad kita perlu tahu dan memahami apakah fungsi setiap perkakasan (tool icon) yang terdapat disekitarnya.



Pada permulaannya semasa aplikasi dibuka, Autocad akan memaparkan paparan melukis pada keadaan biasa dimana disekeliling ruangannya disediakan dengan beberapa ikon arahan untuk kemudahan melukis.

Antaranya seperti Menu bar, Layer Control bar, Toolbar icons, Drawing interface, UCS, Command line, Layout tab dan sebagainya. Sila lihat gambar dibawah;



Gambarajah menunjukkan paparan menu-menu utama pada ruangan melukis.


Drawing interface ( Ruang Melukis)
Disinilah tempat bermulanya aktiviti melukis. Anda akan menggunakan banyak masa anda dari awal hingga siap lukisan disini. Pada kebiasaan warna latar belakangnya adalah hitam, tetapi anda boleh menukar kepada warna kegemaran anda dengan menukar entiti dalam tetingkap arahan ‘option’. Taipkan OP pada command, dengan melalui beberapa langkah, anda akan dibenarkan melakukannya.

..taip OP > Option > Display > Colors > Color Options > ..pilih warna kesukaan anda.


Menu Bar (Panel Menu)

Pada sisi atas paparan melukis terdapat pelbagai papan menu yang terkandung ‘menu tarik’ (pulldown menu) untuk kegunaan melukis. Menu ini juga dikenali ‘floating menu’. Anda boleh memasukkan atau membuang sebarang menu dari papan menu ini dengan menaip ‘menuload’ pada command line.



Gambarajah menunjukkan lokasi ‘floating menu’ dan ‘toolbar icons’

Anda boleh mengoptimumkan kondisi menu bar dengan mengisikan menu-menu yang berkaitan tugasan anda. Katalah anda seorang jurutera sivil, anda perlukan menu-menu yang berupa kerja-kerja sivil.

Begitu juga kalau anda seorang jurutera mekanikal, anda perlu mengisi menu-menu yang berkaitan mekanikal. Semuanya bergantung kepada jenis perisian Autocad yang anda gunakan.

..taip 'menuload' > Menu Customization > Menu Bar > sila masukkan pilihan anda.


Layer Control (Pengawal lapisan lukisan)


Disini anda boleh menghimpunkan rincian lukisan dimana segala entiti pada lukisan boleh diasingkan atau disatukan. Contoh yang mudah ialah: katakan anda mahu melukis satu pelan bangunan, lapisan pertama mungkin anda memasukkan pelan lantaian serta pelan paip bekalan air.

Untuk lapisan kedua anda mahu meletakan pula eksesori didalam bangunan seperti peralatan perabut dan sebagainya. Untuk lapisan ketiga anda mahu menempatkan peralatan eletrik seperti lampu, kipas, pendawaian elektrik dan sebagainya. Anda boleh membuka serta menutup lapisan lukisan bergantung keperluan anda semasa melukis.

Dengan menaip katakunci ‘Layer’ pada command, tetingkap ‘layer Manager’ akan muncul sperti dibawah;



Gambarajah menunjukkan lokasi tetingkap ‘Layer Manager’ dimana semua layer dikawalselia


Toolbar icons (Perkakasan melukis)


Toolbar icon bertindak sama seperti tempat simpanan peralatan pada bengkel dimana anda menempatkan segala perlatan bekerja ditepi ruangan bengkel. Anda akan mudah mencapai peralatan yang sesuai jika semuanya tersedia hanya disebelah anda. Dalam Autocad juga sama dimana anda boleh mengklik pada ikon-ikon itu apabila perlu.

Anda perlu mengenali fungsi seberapa banyak ‘toolbar’ yang boleh. Semakin banyak yang anda tahu, semakin pantas anda melukis. Setiap toolbar ada mempunyai kegunaan tertentu.
Sebagai contoh;

Untuk memadam sesuatu objek lukisan, apa yang perlu anda lakukan ialah, klik pada toolbar icon ‘pencil eraser’ yang memberi komputer arahan memadam. Dibawah adalah contoh toolbar ikon yang sering digunakan.






Command line ( Ruang menaip arahan)

Kalau menggunakan ‘command menu’, anda harus menaipkan kata kunci yang dapat mengarahkah komputer membuat kerja. Kebiasaannya dengan menaip huruf ‘L’ anda sudah boleh melukiskan garisan. Begitu juga dengan arahan-arahan melukis objek-objek yang lain.

Tetapi anda perlu mengetahui kata kunci yang dikenal fungsi oleh perisian Autocad bagi melakukan sebarang tugasnya.



Gambarajah menunjukkan lokasi ‘command line’


UCS (Petunjuk kordinit asas)


UCS adalah singkatan dari Universal Coordinate System.
Untuk melukis secara biasa, Autocad secara default menyediakan kordinat UCS yang menyerupai mata angin seperti didalam satu peta dimana arah atasnya sentiasa utara. Paksi X, mengarah ke timur, manakala paksi Y mengarah ke utara dan paksi Z mengarah atas paparan bumi.





Model space adalah tempatnya dimana anda perlu memulakan aktiviti melukis. Sekiranya anda mahu mengedit atau megimpot satu lukisan, anda perlu melakukan pada ruangan ini.

Segala lukisan sebaiknya ditempatkan dalam satu ruang yang seakan akan didalam sehelai kertas bagi memudahkan anda memerhati setiap entiti yang ada didalamnya.



Paper space ( Ruang aktiviti mencetak)


Setelah selesai melukis dan katakana anda berhasrat mencetak lukisan itu, anda perlu mencetaknya disini dengan menekan tombol ‘Layout1’ anda akan diubahpapar kepada ruang yang dipanggil ‘Paper space’






Aktiviti mencetak amat sesuai disini disamping memudahkan anda memilih skala dan saiz kertas yang dimahukan.

Anda perlu melatihkan diri supaya mengenal segala apa-apa menu serta perkakasan yang ada disekitar paparan utama ini. Dengan sering membuat latihan saya percaya anda akan dapat menambah pengetahuan anda dalam ilmu Autocad sedikit demi sedikit.


Sekian dulu untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di tutorial ke #4 yang akan datang.

Selamat Maju Jaya,

End of Tutorial #3