Khamis, 6 September 2012

TUTORIAL #34 - Layout, Titleblock dan Skala Drawing

Salam Sejahtera,

 


Baru-baru ini ramai yang menghantar email dan bertanya kepada saya tentang skala drawing bila menggunakan Layout tab. Ramai juga yang masih print drawing dari Model Space.
Sebenarnya tidaklah menjadi satu kesalahan jika anda print drawing dari Model Space, tetapi cara begitu kurang tepat.


Bagaimana Memasukkan Titleblock kedalam Layout - Cara 1.


Dalam siri tutorial saya yang lalu, saya ada memberitahu bagaimana memasukkan titleblock kedalam Layout tab. Walau pun begitu saya akan tunjukkan lagi bagaimana bekerja pada Layout. Ini penting kerana dengan menggunakan kaedah ini, kerja anda bertambah senang dan lebih systematic.

Saya cuma tunjukkan dalam video dibawah, harap maaf kerana imej pada video agak kurang jelas.









Bagaimana Memasukkan Titleblock kedalam Layout - Cara 2.




Cara yang lain Titleblock boleh di insert kedalam Layout tab, Pada 'Pull down menu' dibahagian atas skrin terdapat menu 'insert'.
Ada beberapa fungsi insert yang dapat dilakukan. Antaranya ialah 'Layout'.



Sila lihat gambarajah screen shot dibawah:









1. Klik pada:

           > 'Insert' >  'Layout' >  'Layout from Template'



Dialog box seperti dibawah akan muncul. 'Select Template From File'






2. Pilih drawing yang berkaitan yang akan anda gunakan layout padanya.



3. Satu dialog box yang kecil akan muncul seperti dibawakh Terdapat senarai layout yang ada pada drawing tersebut. Pilih yang sesuai dengan kemahuan anda.Anda boleh memilih lebih dari satu dari senarai itu.






4. Selepas anda memilih suatu jenis Layout. Klik OK. Layout yang dipilih akan automatik masuk kedalam layout tab tanpa anda perlu edit apa-apa lagi kecuali skala drawing pada layout tersebut. Anda perlu tentukan skala apa yang anda mahukan kemudian.



5. Layout template itu telah siap disana, tetapi anda tidak akan dapat melihat drawing pada Model Space.
Kemudian anda perlu lakukan seperti berikut untuk munculkan drawing pada template itu:






  Taip 'MV'  > Taip 'P'  >  'pick point pada bahagian dalam kotak template  itu.

 Setelah selesai membuat satu line perimeter yang tertutup, anda akan dapati drawing dari model space akan muncul.


6. Anda perlu klik pada 'PAPER' tab seperti ditunjukkan pada gambarajah dibawah supaya dapat aktifkan drawing yang muncul itu.











Sekian buat kali ini. Jumpa lagi di tutorial akan datang, Insyallah.


Selamat Mencuba dan Selamat Belajar.
Jika ingin bertanya apa-apa, sila email kepada saya.

Terima Kasih.




Admin.
Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan