Rabu, 6 Oktober 2010

TUTORIAL #16 - XREF Titleblock ke dalam Paper Space (Layout)

Salam sejahtera,





Saya sibuk sikit sejak kebelakangan ini, sibuk urusan negara, urusan dunia, memang dah menjadi lumrah kehidupan kita, apa nak buat lagi. Kalau nak difikirkan memang hidup kita ni teramatlah pendek yer. Yang kita sibukkan ni semua bakal kita tinggalkan suatu masa kelak.



Oklah, seperti yang saya janjikan dalam post saya terdahulu, bagaimana kita nak xrefkan satu titleblock kedalam layout drawing kita. Sebelum tu anda kena memahami apakah makna 'xref' itu sendiri. Saya rasa bagi anda yang dah sampai ke tahap version LDD 2005 ni, dah tentu anda tahu kerja-kerja 'xref-mengxref ni..(maaf yer guna bahasa melayu kawin mat saleh).





Katalah kita nak xref title block saiz A4 kedalam Layout. Mula-mula sekali anda kena lukis dulu title block A4 tersebut dalam model space. Gunakan skala 1 : 1.






Saiznya panjang x lebar = 287mm x 200mm (rectangle). Sila lihat rajah dibawah.



Berikan nama lukisan titleblock itu sebagai TBA4L.dwg

'Move'kan title block yang anda telah siap lukis kepada kordinit (0,0) seperti dalam rajah di atas. Selepas itu savekan drawing anda seperti biasa dalam Autocad dwg file. Saya cadangkan anda create satu folder baru. Letakkan nama 'XREF' untuk folder tersebut. Simpan semua Xref anda disana.



Anda sudah pun siap membuat satu block yang boleh dixrefkan bagi setiap lukisan anda yang akan menggunakan saiz paper A4.



Bukakan satu lukisan yang baru, lukislah apa saja yang anda suka dalam lukisan itu, contohnya satu kekotak ke, garisan ke atau apa sahaja yang anda tahu unit saiz atau skalanya.



Kemudian, klik kat Layout. Right click pada tab layout itu;

>Page Setup Manager > Modify > sila lihat figure dibawah;



Setelah anda memilih 'Page Setup Manager.., Dialog utamanya akan muncul seperti dibawah;



Selepas anda select 'Layout; setkan plotter, paper size, plot scale 1 :1,  dsbnya, klik ok. Kembali kepada layout semula.


Selepas itu taipkan 'xref' atau 'xr' kat command line. Xref manager dialog box akan muncul. Sila lihat figure dibawah;




Klik 'Attach' selepas itu cari drawing titleblock TBA4L.dwg yang anda lukis sebentar tadi.




Reference type > pilih attachment, yang lain check box, biarkan uncheck. Klik ok, then ok lagi sekali kembali ke lukisan anda. 




Sehingga sekarang anda sepatutnya telahpun siap satu layout yang terdapat title block A4 saiz didalamnya. Lalu bagaimana memasukkan lukisan dari model space kedlm title block ini?

Taipkan 'MV' pada command; guna mouse, buatkan satu rectangle dalam ruang titleblock. Apabila selesai membuat rectangle, Autocad akan memaparkan lukisan dari model space dengan skala view 1 : 1.

Ok, hasilnya seperti figure contoh dibawah;





Anda boleh la mencuba dengan title block saiz-saiz kertas yang lain jika perlu.



Agak sukar untuk anda memahami peringkat ini. Tetapi dengan latihan yang kerap anda akan dapat mengesuainya. Saya akan cuba membimbing anda sekiranya anda memerlukan begitu. Jangan malu dan segan untuk menghubungi saya.







Sekian untuk kali ini. Selamat berjaya.

Admin

End of Tutorial #16





3 ulasan:

  1. bos ada cakap belajar buat block blajar block....sy tertanya tanya apa benda la benda tu?? (utk makluman, cara boss sy memang begitu...dia suruh kita pikir sendiri dulu...kita belajar sndiri dulu...pastu, dalam 2 minggu 3 minggu, dia akan tanya balek apa yg dh kita belajar, kalau ada salah, dia ajar balek...dan bagi aku, aku suka cara dia....sebab aku suka berfikir dan belajar sendiri...dan last sekali, apa yg dipelajari tu, dirujuk balek pada orang yang tahu dan berpengalaman..kalau ada salah, orang tu akan tegur...aku suka cara mcm ni..sebab ilmu tu akan LEKAT kat otak).....so akhirnya inilah rupanya BLOCK yang dimaksudkan....haha..terima kasih..rasa nak belajar sekarang, dan nak tunjuk dkt BOSS....hehe

    BalasPadam
  2. dah jadi buat...cuma nak tanya...lps buat command MV...kita buat satu petak...and then akan keluar lukisan kita...dan termasuk RECTANGLE itu sendiri...boleh tak kita nk masukkan lukisan kita, tetapi tak nak rectangle itu ada skali?? sebab kalau sy delete rectangle tu, lukisan akan delete skali.

    BalasPadam
  3. Masukkan Rectangle tadi kedalam satu layer baru, namakan sebagai contoh; 'MV' . Pergi ke Layer Manager, dan OFF kan layer MV tersebut.

    BalasPadam