Selasa, 1 September 2009

TUTORIAL #7 - Bagaimana menentukan skala melukis pada Autocad


Gambar hiasan

Salam sejahtera,

Pada tutorial yang lalu, anda telah belajar bagaimana untuk menulis dan memilih jenis teks dalam lukisan Autocad. Setelah anda dapat memahami kegunaan teks, kini anda akan diberitahu bagaimana menentukan skala (scales) dalam lukisan kejuruteraan Autocad.

Sentiasalah melukis menggunakan skala 1 : 1. Maksudnya kalau anda hendak melukis satu garisan yang panjangnya 10m, maka lukiskan sepanjang 10 unit dalam Autocad.


Autocad menyediakan skala melukis dalam ukuran unit, terpulang kepada anda samada menterjemahkan unit itu kedalam unit-unit yang di perlukan.

Perhatikan gambar dibawah:



Klik imej untuk lebih jelas


Untuk tugasan ini, anda dikehendaki melukis sebuah segiempat tepat dengan ukuran sisi 20 x 10 unit. Gunakan arahan membuat garisan. Apa yang perlu anda masukkan ialah ukuran panjang setiap sisi segiempat itu.

Taipkan ‘L’ enter dan masukkan 20 pada command dan enter. Anda sudah mendapati satu garisan dengan 20 unit terpapar di paparan Autocad. Teruskan menaip angka 10 dengan membiarkan ‘cursor’ menghala kebawah.

Untuk mendapat garis yang tegak tepat sila pilih ‘ortho’ dengan menekan F8. Lakukan sehingga genap semua sisi segiempat itu.

Anda juga perlu membuat penunjuk ukuran (dimensions) pada rajah tersebut. Sila lihat gambarajah di atas. Pada tutorial yang lain anda akan mempelajari bagaimana hendak memasukkan 'dimensions and arrow' didalam lukisan Autocad.
Dengan menaip ‘polyline’ pada command, anda juga boleh melukis satu garisan yang bersambung terus. Anda boleh memasukkan panjang yang dikehendaki pada command.



Sekiranya anda mahukan satu garisan lurus tepat pada 90°, tekan F8. Lihat perbedaannya ketika anda menekan atau melepaskan F8.

Cuba klik pada tab 'ortho' seperti gambar dibawah. Fungsinya sama saja dengan F8.



Klik imej untuk lebih jelas


Anda mesti melukis dengan menggunakan skala 1 : 1 pada model space. Ini adalah kerana mahu mengelak daripada keliru ketika mencetak lukisan tersebut.
Anda perlukan membuat latihan supaya mahir melukis dengan skala yang betul. Jangan melompat kepada tutorial lain sekiranya belum mahir.
Saya cuba menggunakan pendekatan yang ringkas dan mudah dalam tutorial ini supaya mudah diterima dan tidak memeningkan kepala anda.

Saya menyusun tutorial serta tugasan peringkat demi peringkat supaya anda tidak keliru dalam mengikutinya. Satu persatu kita belajar dan dahului perkara yang lebih penting.
Untuk kali ini kita hanya membincangkan skala melukis pada model space sahaja.
Kalau lukisan anda didalam unit metric, ianya amat mudah untuk dilukis. Kalau semua unit lukisan dalam meter, usahakan semuanya didalam meter. Elakkan dari mencampurkan unit metric (eg. meter) dengan unit imperial (eg. kaki/inci).

Secara mudahnya, dalam menentukan skala lukisan, anda perlu memikirkan, apa yang anda mahu lukis? Berapa besar ruang atau meterial yang terlibat untuk dilukis?
Sebagai contoh, kalau anda mahu melukis satu objek sebesar kotak mancis, sudah pasti unit skala yang digunakan dalam mm atau inci. Tidak mungkin kita mahu menggunakan unit meter atau kaki pada lukisan itu kerana terlalu besar dan kelihatan ganjil.




Begitu juga kalau anda mahu melukis satu bangunan yang besar. Adakah anda menggunakan unit skala mm ? atau inci ?. Sudah tentu skala yang lebih besar.
Autocad tidak perduli apa saja unit yang anda mahukan, imperial atau metric, Autocad tetap dengan unitnya sendiri iaitu dalam " unit". Kita perlu menukar unit Autocad itu kepada inci, kaki, mm, cm atau meter mengikut kehendak kita.
 
Autocad tips
Taipkan 'list' pada command, klik pada polyline pada lukisan. Autocad akan memberi infomasi kepada anda ciri-ciri polyline itu. Silakan cuba.



Selamat Maju Jaya,
Jumpa lagi,
author
End of Tutorial #7








1 ulasan: