Sabtu, 8 Ogos 2009

TUTORIAL #1 - Pengenalan kepada perisian Autocad






Salam sejahtera,

Seperti yang saya janjikan, saya akan mulakan siri pembelajaran Autocad secara mudah dengan tutorial permulaan seperti dibawah. Tutorial ini bolehlah diberi nama " Autocad For Beginner"

Autocad
Autocad adalah satu perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat lakaran dalam lukisan teknikal dan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan dan alam sekitarnya.


Kalau dulunya kita memerlukan peralatan serta meja melukis untuk menghasilkan suatu lukisan kejuruteraan, tetapi dengan adanya perisian seperti Autocad ini, kita sudah boleh melupakan semua itu dan hanya memerlukan satu set kelengkapan termasuk sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan. Dengan adanya semua ini menjadikan kerja kita bertambah tepat serta pantas jika dibandingkan dengan sebelumnya.


Reka bentuk awal sesuatu rancangan pembinaan akan menggunakan aplikasi autocad yang berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap sesuatu yang hendak dibina itu.


Begitu juga dalam pembinaan infrastruktur sebagai contoh, pembinaan jalanraya, jambatan, bangunan dan sebagainya, yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, para jurutera dan pereka bentuk akan menggunakan perisian Autocad bagi membantu serta memudahkan kerja-kerja rekabentuk dalam bidang masing-masing.




Kebiasaannya individu yang sering menggunakan perisian Autocad adalah terdiri dari para jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan, pelajar-pelajar kolej dan lain-lain.



Perisian Autocad sering dinaiktaraf setiap masa oleh pembangunnya iaitu Autodesk. Antara usaha-usaha yang paling utama dilakukan Autodesk ialah membuat jaringan serta gabungan dengan syarikat-syarikat perisian rekabentuk yang lain bagi mengembangkan sayap perniagaan mereka.




Gambar diatas adalah contoh pakej perisian Autocad yang terkini keluaran dari Autodesk.



Perisian Autocad dan pelbagai kegunaan


Perisian Autocad ada bermacam-macam jenis dan pelbagai kegunaan. Sebagai contoh kalau anda bekerja dilapangan industri misalnya, perisian Autocad yang sesuai adalah dari jenis Autocad Mekanikal, Autocad 3d Model dan kalau anda dilapangan kejuruteraan Awam, Autocad Civil Design, Civil 3D atau Land Desktop adalah yang terbaik.

Berbagai-bagai jenis perisian Autocad ada dipasaran. Anda harus memilih kesesuaiaan dengan tugasan anda. Antara yang popular adalah seperti:
AutoCAD Architecture
AutoCAD Map 3D
AutoCAD Civil 3D

AutoCAD Mechanical
AutoCAD Electrical
AutoCAD LT
AutoCAD Land Desktop
AutoCAD MEP
AutoCAD Raster Design
AutoCAD Structural Detailing
AutoCAD Maya
Dan banyak lagi yang anda boleh dapati termasuklah Autocad 'associated' atau companion dengan perisian-perisian merekabentuk yang lain.
Sekian dulu untuk kali ini, kita akan sambung pula dengan tutorial yang ke-2 nanti. Jika ada apa-apa pertanyaan serta komen sila jangan segan post kepada saya. 


Selamat maju jaya, 

Rahman Ahmad

8 ulasan:

  1. saya berminat dgn autocad ni..
    boleh bg detail x?
    red_familia@yahoo.com.my

    BalasPadam
  2. saya juga amat berminat dgn autocad..dah pegi kursus tapi x pandai2 juga
    harap mendapat bantuan & pertolongan dari tuan...terimakasih...
    r_wanman@yahoo.com.my

    BalasPadam
  3. Kepada yg berminat nak belajar secara mudah, sila PM saya
    mancadd@yahoo.com

    Tkasih,
    Rahman Ahmad

    BalasPadam
  4. Perkhidmatan Melukis 2D & 3D menggunakan AUTOCAD, CATIA V5, SOLIDWORKS, AUTODESK INVENTOR

    Lukisan yang siap akan di e-mail melalui format .(Dwg,CATpart,ipt) cepat dan mudah berurusan melalui e-mail sahaja.

    Kami juga menyediakan plan untuk Renovation Rumah dan tawaran istimewa kepada anda. Kawasan kami sediakan di shah alam, puchong, Petaling jaya dan sekitar lembah klang. Bagi luar kawasan, kami juga menyediakan perkhidmatan, akan tetapi menerusi email dan hubungi telefon sahaja.

    Kepada syarikat @ individu dan pelajar universiti yang berminat mendapatkan perkhidmatan sila hantarkan ke e-mail berikut:-

    Email : mycadcae@yahoo.com
    mycadcaexs@gmail.com
    Skype :
    ID YM : mycadcae
    Blog : http://myblognikwell.blogspot.com
    Twitter : http://twitter.com/mycadnik_forum

    Caj perkhidmatan boleh dirundingkan.

    BalasPadam
  5. macam mana saya nak dapatkan ebook belajar autocad nudah ini

    BalasPadam
  6. macam mana saya nak dapatkan ebook belajar autocad nudah ini

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum encik rahman..sy ade ujian tentang autocad utk jawatan pembantu penilaian..boleh sy tau autocad jenis mane yg sesuai..

    BalasPadam