Rabu, 9 September 2009

TUTORIAL #8 - Melukis dengan Arahan Command yang Mudah


Gambar hasil kerja Autocad


Salam Sejahtera,


Bertemu lagi dalam tutorial ke 8. Pada kali ini kita akan membincangkan bagaimana menggunakan beberapa jenis arahan command serta cara melukis.


Baiklah, kita mulakan dengan yang berikut:

a) Line1- Taip L atau klik pada icon line.
2- Klik satu titik pada screen Autocad.
3- Bawakan cursor kearah line yg hendak dilukis. Boleh taip berapa panjang line itu kalau perlu.
4- Klik lagi sekali dan enter.



b) Polyline
1- Taip PL atau klik pada icon polyline
2- Klik satu titik pada screen Autocad.
3- Gerakkan cursor kearah line yang hendak dilukis. Boleh juga menaipkan panjang line itu.
4- Klik lagi sekali dan enter.

Cara melukis polyline lebih kurang sama sahaja dengan melukis line, tetapi polyline merupakan satu gabungan diantara semua line itu. Kalau satu segmen di padamkan, semua ikut terpadam.



c) Circle
1- Taip C atau klik pada icon circle.
2- Klik satu titik pada screen.
3- Taip D untuk diameter.
4- Taipkan 20
5- Enter. Satu bulatan dengan diameter bersamaan 20 unit.



d) Arc1- Taip ARC atau klik pada icon arc
2- Klik 3 titik pada screen Autocad.
3- Satu garis lengkung (arc) telah terbentuk.

Banyak cara untuk membuat arc. Anda boleh mencuba selebihnya.



e) Rectangle
1-Taip REC atau klik pada icon rectangle.
2- Klik satu titik dimana-mana.
3- gerakkan cursor sesuka hati.
4- Klik lagi sekali. Rectangle yang tidak ditentukan saiznya telah terbentuk.



f) Doughnut
1- Taip DOUGHNUT atau klik pada icon doughnut
2- Masukkan inside diameter untuk doughnut itu
3- Masukkan outside diameter untuk doughnut itu.
4- Klik pada screen berapa banyak doughnut yang anda suka.
5-Tekan enter kalau sudah mencukupi membuat doughnut.



g) Polygon
1- Taip POLYGON atau klik icon polygon.
2- Masukkan berapa side yang kita mahu, boleh jadi 4, atau 6, atau 10 atau lain-lain.
3-Taip E untuk edge.
4- Klik satu titik dan gerakkan cursor dan klik lagi satu titik.



h) Ellipse
1- Taip Ellipse atau klik icon elipse
2- Taip A atau C (Arc/Center) dan klik
3- Klik lagi sekali dan masukkan darjah pusingan (Rotation)
4- Klik sekali lagi.


i) Revcloud
1- Taip REVCLOUD atau klik pada icon
2- Klik satu titik mula pada screen
3- Gerakkan cursor mengikut arah yang dikehendaki
4- Arahkan cursorkembali mendekati titk mula sebentar tadi.

Revcloud adalah singkatan dari 'Revision Cloud'. Anda boleh mengubah beberapa perkara pada option revcloud ini jika perlu.



j) Bhatch
1- Taip BHATCH atau klik pada menu Draw> Hatch
2- Pick Point
3- Klik dalam satu bulatan (circle) atau rectangle
4- Tekan enter 2 kali



Command Bhatch biasanya diguna apabila kita hendak melorek satu kawasan supaya nampak jelas serta berbeza dari kawasan lain.




Ini adalah command arahan secara ringkas serta sering diguna semasa kita melukis. Banyak command lain pada Autocad termasuk juga pada menu-menunya. Dengan selalu membuat latihan anda akan sentiasa mempelajari ilmu yang baru.



Contoh lukisan yang ringkas dan mudah.



Saya memberi panduan ini secara mudah dan ringkas. Anda perlu mengembangkan pengetahuan anda dengan mencuba apa sahaja icon dan menu yang terdapat disekitar paparan untuk lukis.


klik imej untuk lebih jelas

Semakin banyak anda tahu, semakin cekap anda melukis.


Autocad Tips

Dengan menekan kekunci 'Arrow up' atau 'Arrow down', anda akan dapat mengulangi semula setiap command yang ditaip. Ini bermakna anda tidak perlu menaip semula arahan tersebut.
Silakan cuba.


Selamat Maju Jaya,

Jumpa lagi.
author

End of Tutorial 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan