Rabu, 6 Oktober 2010

TUTORIAL #15 - Penentuan skala melukis dan saiz kertas





Salam sejahtera,



Anda tentu biasa mengalami masalah ketika hendak plotkan drawing kepada beberapa jenis kertas, saiz A4, A3 ataupun A1. Lalu bagaimana anda lakukan?




Biasanya saya lakukan:

MELUKIS -    dalam 'model space' dan,
PLOTTING -  melalui layout. 

Layout (paper space) adalah mewakili saiz kertas yang berbeza. Bererti skala setiap layout juga berbeza.


Peringatan:
Sentiasa melukis dalam 'model space' dengan skala 1 : 1.


contohnya:


Katalah anda mau melukis satu garisan yang panjangnya 20 meter, maka mesti dilukis 20 unit pada model space dalam Autocad. Bila anda mau plot, gunakan layout. Anda kena keluar dari model space dan klik pada layout tab sebelah aje dengan model space. 'Delete' dulu semua entiti yang ada (jika ada) didalam paparan layout itu.






Selepas itu 'right click' pada layout dan klik 'page setup manager' lepas tu 'modify'. Bermainlah anda disana dengan mengisi apa yang anda perlukan dan jangan lupa pilih printer anda, 'pen styles, paper size' yang diperlukan dan yang penting sekali, 'what to plot' mesti taruk 'Layout' dan 'scale' mesti 1 : 1.



Selepas ok dan keluar dari situ, taip 'mv' pada command, gunakan cursor buat satu rectangle bagi mewakili saiz paper. Anda akan nampak garisan yang anda lukis di model space tadi.
Makanya skala yang ditunjukkan pada layout itu adalah 1 : 1 ( 1 : 1000). Anda boleh bermain-main dengan scale disini mengikut kecil besar lukisan yang nak ditunjuk.



Kalau sudah pasti, plot ke printer, lepas tu gunakan 'scale rule' untuk memastikan skalanya tepat atau tidak pada lukisan tadi.






 Anda boleh lakukan langkah-langkah ini untuk saiz kertas yang berlainan. Buat latihan selalu pastinya anda akan berjaya menguasainya.




Akan datang kita belajar bagaimana nak xref title block kedalam Layout.



Selamat berjaya.

End of Tutorial #15

7 ulasan:

  1. Kalau anda masih lagi tidak memahaminya, sila emailkan saya:
    mancadd@yahoo.com

    BalasPadam
  2. pening nie... coz semua dwg dlm model spacemasuk dlm layout tu. camner nie?? sy nak masukkan satu objek jer.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Sya cuba membantu sdr. Memang semua dwg akan masuk kedalam layout. Anda kena setkan scalenya.

    1. Delete dulu semua yg ada dlm layout, caranya guna pick window pakai mouse. biarkan layout tu kosong.

    2. Kemudian taip pada command.enter. Buat satu kotak dlm layout tadi. Anda akan nampak semua dwg masuk kedalam layout. Tak mengapa. Klik pada tab 'Paper' (paling bawah sekali ditengah) supaya jadi 'Model'. Apabila anda klik, akan terjadi pada line layout (menebal). Maknanya, Layout tlh pun aktif skrg.

    3. Sekarang guna cursor pergi zoom kepada objek yg anda nak plot. Anda akan dapati 'Viewport Scale Control' valuenya juga ikut berubah. Anda boleh taip scale yg anda mahu kat sana.

    4. Paparan interface Autocad anda mesti mempunyai 'Viewport' toolbar. Kerja anda akan bertambah mudah.

    untuk keterangan lanjut email sya:
    mancadd@yahoo.com.

    Terimakasih, harap dapat membantu.

    BalasPadam
  4. pembetulan komen diatas:

    untuk no 2. Taipkan 'MV' pada command.

    Tambahan:
    Sebetulnya sebelum anda plot melalui Layout, anda kena insert/xref masuk Titleblock kedalamnya. Saiz Titlebock berbeza mengikut saiz paper. Untuk testing, tak perlulah titleblock.

    BalasPadam
  5. salam bang,sy ingin bertanya,jika sy mendapat drawing didalam scale 1.20,bagaimana cara untuk sy menukar drawing itu menjadi scale 1.1,diharap dapat membantu sy,t.kasih

    BalasPadam
  6. Salam,

    Maaf Mr Ska saya dah lama tak jgk kat sini, munkin Mr Ska dah dapat jawapannya dan boleh share kat sini.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum.. bang tumpang tanya. kalau dlm drawing saya dia guna scala 1:25. Nilai panjang bangunan tu pula 12000. So, yg 12000 tu nak kena tukar macam mana yea?

    BalasPadam