Isnin, 23 Jun 2014

TUTORIAL #44 - Bagaimana untuk membetulkan skala image

Salam Sejahtera,

Adakah anda pernah melukis lukisan CAD dengan memerlukan sesuatu image disisipkan pada drawing itu?Ya, satu permasalahan melibatkan scale mungkin timbul bila anda mahu insert satu image kedalam Autocad.
Image yang di insert itu biasanya tidak menepati scale sebenar objek image tersebut.

Dalam tutorial ringkas ini diterangkan bagaimana kita hendak membetulkan scale image tersebut. Untuk contoh yang mudah, kita akan insert satu image 'pembaris' kedalam Autocad.



1. Buka Autocad. Insert image yang diperlukan itu. Biasanya kita taip pada command 'im" atau dengan pergi kepada 'insert'  - raster image.

2. Apabila image itu telah ada dalam Autocad. Gunakan 'dimension' dan ukur berapa panjang yang dicatatkan oleh dimension itu. Dalam contoh ini kita mendapati ukuran yang diberitahu dimension Autocad adalah 38.250cm. Tapi panjang sebenar image pembaris itu adalah 15cm. Lihat gambar dibawah.



3. So, bagaimana anda hendak membetulkan scale image pembaris tersebut?.


4. Mudah caranya:

  =>     15 /38.250
  =>    0.392157


5. Kemudian,
Taip sc pada command,
Select objects: select image pembaris tersebut beserta dimension sebagai objek yang hendak di betulkan scale.
Specify base point: klik satu point dimana-mana pada screen
Specify scale factor or [Reference]: masukkan 0.392157, dan enter.


6. Hasilnya:


Sungguh mudah bukan? Selepas ini anda boleh fikirkan untuk membetulkan scale objek-objek yang lain pula.

Selamat Belajar Autocad.


Editor,
Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com

Rabu, 18 Jun 2014

Tutorial #43 - TCount - Automatic Numbering

Salam Sejahtera,


Adakah anda mengalami masalah untuk edit sejumlah nombor dalam sesuatu table secara pantas didalam Autocad?
Dengan menggunakan command ‘TCount’ kini tidak lagi.

Caranya:

1.                   Buka Autocad dan pastikan table nombor yang hendak di edit itu. Sila lihat contoh table dibawah. Perhatikan nombor-nombor yang didalam petak yang bertanda merah.




2.                   Taip ‘TCOUNT’ pada command
3.                   >Select objects:  Pilih semua nombor yang hendak di edit dalam table itu
4.                   >Sort selected objects by [X/Y/Select-order] :   Taip Y

5.                   >Specify starting number and increment (Start,increment) <1>:  Taip 250,1
6.          >Placement of numbers in text [Overwrite/Prefix/Suffix/Find&replace..] < 
Prefix>: o


Hasilnya:

Perhatikan nombor-nombor yang didalam petak merah. Ia telah bertukar kepada nombor dan turutan
yang baru. Anda boleh mencuba dengan nombor dan format turutan yang lain pula..



Ok, Selamat Maju Jaya.

Editor;
Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com