Isnin, 26 Oktober 2009

TUTORIAL #10 - Perihal Line ( Garisan )


Gambar Hiasan


This AutoCad video downloaded from www.2learncad.com

Untuk menjadi mahir sebagai pelukis pelan Autocad, Anda perlu banyak membuat latihan melukis. Melukis dan terus melukis menggunakan Autocad. Mulakan melukis sesuatu dengan menggunakan Command Line atau Polyline.

Bagi saya, saya lebih suka menggunakan ‘polyline’ untuk melukis. Kerana segmen line nya terus tersambung antara satu sama lain. Ini berbeza kalau kita menggunakan ‘Line’

Command Line atau Polyline adalah sebagai seumpama pensil kita. Anda boleh mulakan melukis bentuk-bentuk mudah seperti segiempat , segitiga, bulatan dan lain-lain.

Saya cadangkan setiap kali melukis, gunalah polyline, tetapi dalam keadaan tertentu, line adalah sangat berguna untuk melukis. Anda akan mengetahuinya apabila anda mahir dan mengalami pengalaman dalam lukisan Autocad.

Kali ini saya akan memberitahu anda perihal line, jenis dan ketebalannya.


1) Untuk memilih jenis-jenis line; klik pada tempat seperti gambar dibawah,


klik pada imej untuk lebih jelas



2) Line Manager dialog box akan muncul seperti gambar dibawah, sila klik 'load',




klik pada imej untuk lebih jelas



3) Yang bertanda merah itu adalah line library. Boleh ada banyak line library dalam sesuatu perisian Autocad. Untuk tutorial kali ini cukup dengan default line library yang disediakan Autocad. Lihat gambar dibawah.




klik pada imej untuk lebih jelas


Disini anda boleh memilih samada beberapa jenis line yang anda perlukan atau anda boleh 'load'kan semuanya. Selepas membuat pilihan memilih jenis line, klik OK.

Semua jenis line yang telah anda pilih, kini telah berada dan bersedia digunapakai dalam Autocad.


Autocad Tips.

Taipkan 'pl' enter, klik saja kat mana-mana. Taipkan 'w' enter, masukkan 2, enter, masukkan 2 lagi sekali, enter lagi. Sambung semula melukis polyline. Anda akan dapati ketebalan polyline telah berubah. Selamat mencuba.


Sekian dulu buat kali ini. Selamat Maju Jaya.
Admin.


End of Tutorial #10