Jumaat, 12 November 2010

TUTORIAL #20 - Skala Pembesaran ( Scaling factor)

Salam Sejahtera.



Kali ini saya mahu bertanya anda, pernahkah anda mengalami situasi dimana anda terpaksa untuk mengubah saiz sesuatu object kepada saiz yang dikehendaki dalam Autocad?

Katakanlah dalam satu gambarajah Autocad, anda diminta untuk membuat pembesaran object tersebut.
Bagaimana yang akan anda lakukan?




Kita hendak membesarkan imej sebuah rumah diatas. Katakanlah imej rumah tersebut tidak mengikut skala yang dikehendaki. Jadi kita perlu besarkan saiz imej rumah tersebut dengan sesuatu pemalar skala.

Sila lihat gambar dibawah supaya lebih faham:



klik pada imej untuk paparan penuh.


Dalam gambarajah diatas:

Figure A = imej rumah tersebut sebelum dibuat pembesaran, manakala,
Figure B = imej rumah tersebut setelah dibuat pembesaran.

Kita boleh gunakan skala pembesaran secara rawak, tetapi bagaimana kalau imej yang kedua itu telah ditetapkan saiznya. Sebagai contoh;


Katakan disebabkan sesuatu alasan, anda perlu untuk membuatkan ketinggian rumah itu menjadi 10.0m. Sedangkan imej rumah asal itu lebih kecil. Bagaimana cara anda lakukan ini?

Untuk tugasan yang begini, pertama sekali anda:

1. Ukur ketinggian sebenar rumah sebelum dibuat pembesaran. Dalam contoh dibawah,
    ketinggian rumah tersebut ialah 4.25m. (Ambil ini sebagai satu contoh mudah).



klik pada imej untuk paparan penuh.


2. Taip 'CAL' pada command line,
         >>Expression: Taip > 10/4.25, Enter
3. Autocad Comannd akan memaparkan nombor : 2.35294
4. Copy nombor tersebut > highlight the number, right click and copy.
    (Anda juga boleh kalau mahu menulis nilai factor tersebut sebagai rujukan
    kemudiannya.)
5. Taip ‘SCALE’ pada Command line.
6. > Select object, select imej rumah tersebut. Enter
7. > Specify base point: Klik satu point pada screen secara rawak.
8. > Specify scale factor..(Reference) : Paste nombor tadi pada command. Enter

Hasilnya anda akan mendapati ketinggian rumah tersebut bertukar menjadi 10 m seperti gambar dibawah:


klik pada imej untuk paparan penuh.


Nice to try and good luck!.



Thanks.

Admin

End of Tutorial #20.

Rabu, 10 November 2010

TUTORIAL #19 - Isometric Dimensions

Salam Sejahtera.


Pernahkah anda melihat satu gambarajah isometric dimana penunjuk dimensi (dimension text) juga dalam bentuk isometric? Ada orang begitu sukar untuk membuat dimensions kelihatan seperti didalam figure dibawah.




Kali ini saya cuba untuk menunjukkan kepada anda bagaimana membuat dimensions berbentuk gaya isometric.

Untuk membuat Isometric Dimension:

1. Lukiskan satu kotak seperti diatas. Lukisan isometric mestilah bersudut 30° dengan satah mendatar.
2. Buat satu dimension macam biasa.
3. Klik ' Pull down menu' > Dimension > Oblique ..
4. _Select object. > Klik pada dimension yang anda buat sebentar tadi.
5. Masukkan obliquing angle ( masukkan samada -30 atau 30 > enter.

Anda akan dapati dimension akan bertukar parallel kepada sisi rajah isometric itu.

Untuk menukarkan dimension text yang juga turut oblique:

1. Klik pada Text Style pada Standard Bar.
2. Dialog box seperti dibawah muncul. Buatkan satu jenis text style anda sendiri.
    Dalam contoh ini kita buatkan text style sebagai style1.
    Perhatikan segment 'Oblique Angle' yang bertanda merah.


Masukkan nilai Oblique Angle -30d. Apply dan keluar.
3. Selepas itu anda perlu klik saja pada dimension yang berkaitan dan klik juga pada 
    'style1' seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.



Anda akan mendapati text pada dimension juga ikut berubah kepada isometric view.
Anda boleh mencuba untuk mengubah text biasa kepada pandangan isometrik.




Sekian untuk kali ini. Selamat Mencuba.

Admin.

End of Tutorial #19