Khamis, 30 Jun 2011

TUTORIAL #31 - Mengira keluasan dalam Autocad



Salam Sejahtera,





Mengira keluasan adalah salah satu tugas yang amat penting didalam kerja Autocad. Dengan mengetahui keluasan sesuatu entiti atau rekabentuk itu membolehkan anda mempertimbangkan tugas anda yang seterusnya.


Untuk mengira sesuatu keluasan rajah didalam drawing Autocad, perkara yang penting untuk diambil kira adalah skala entiti tersebut. Jika sekiranya rekabentuk anda itu diluar skala sebenar ataupun Not To Scale, sebaiknya anda lupakan untuk mencari keluasan.

Untuk mendapatkan hasil yang tepat, rajah atau perimeter yang hendak dikira keluasan itu mestilah dilukis dalam skala 1 : 1 dan melukis dengan menggunakan 'Polyline'.

Kali ini saya ingin memberikan anda suatu cara yang pantas untuk mengira area atau keluasan dalam Autocad. Saya menggunakan video untuk mudah difahami.

Sila lihat video dibawah:









Dalam Video diatas saya mengambil contoh dua bentuk yang berlainan. Satu yang berbentuk segiempat tepat dengan ukuran sisi yang tertera dan satu lagi berbentuk bujur bulat (pond).


Perhatikan bagaimana area dapat dikira dengan begitu cepat dan tepat. Unit yang mewakili keluasan adalah bergantung kepada unit drawing.




Selamat belajar. Terimakasih.




End of Tutorial #31




Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com

Selasa, 28 Jun 2011

TUTORIAL #30 - Trim and Extend

Salam Sejahtera,




Satu lagi command yang sering digunapakai adalah Trim dan Extend didalam drawing Autocad.


TRIM

Trim ialah memotong. Kalau kita 'trim' objek itu maknanya kita mahu memotong objek tersebut. Sebagai contoh; kita hendak trim suatu garisan. Untuk itu kita memerlukan satu lagi garisan yang merentasi garisan yang hendak kita trim itu.










Dalam contoh diatas, Line A yang hendak dipotong. Manakala Line B ialah sebagai sempadan.



                                        



EXTEND



Extend ialah proses dimana satu garisan lurus di panjangkan sehingga menyentuh suatu objek yang lain.
Sila lihat video dibawah:





 








Selamat Mencuba.Good Luck.








 Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com










Rabu, 22 Jun 2011

TUTORIAL #29 - Copy and Erase



Salam Sejahtera,






Dalam Autocad, command 'Copy dan Erase' adalah antara command yang sering digunapakai oleh kebanyakkan Autocad drafter. Penggunaan command copy adalah untuk menyalin semula seberapa banyak objek yang diperlukan itu kedalam skrin. Anda boleh memilih untuk copy secara single object ataupun multiple object.


Begitu juga dengan command 'erase'. Anda boleh erase sejumlah objek sekaligus atau memilih untuk memadamkannya satu persatu. Ada dua cara memilih objek untuk di padam. Gunakan 'window pick' untuk memilih objek.


Didalam video dibawah ada ditunjukkan cara untuk 'copy' dan juga 'erase' sejumlah objek. Perhatikan betul-betul cara objek itu dipilih.





Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya




End of Tutorial #29






Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com



Rabu, 15 Jun 2011

TUTORIAL #28 - ARRAY

Salam Sejahtera,




Kali ini kita akan belajar bagaimana membuat susun atur objek kepada format tertentu dalam drawing Autocad. Dalam Autodesk Land Desktop Array kurang digunakan tetapi ada bahagian-bahagian tertentu dalam drawing kita memerlukan array.


Array atau susun atur objek ada dua kategori:


1. Polar Array:


Polar Array ialah dimana kita mahu menyusun sejumlah objek yang sama dalam bentuk bulatan. Anda hanya perlu memasukkan beberapa item yng diperlukan untuk membuat 'polar array'. Caranya adalah seperti yang ditunjukkan didalam video dibawah:





2. Rectangular Array:


Rectangular Array ialah dimana kita mahu menyusun sejumlah objek yang sama dalam bentuk susunan baris. Anda hanya perlu memasukkan beberapa item yang diperlukan untuk membuat 'rectangular array'. Caranya adalah seperti yang ditunjukkan didalam video dibawah:






Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.


End of Tutorial #28


Rahman Ahmad.
mancadd@yahoo.com

Rabu, 8 Jun 2011

TUTORIAL #27 - HATCHING

Salam Sejahtera,


Kali ini kita akan belajar bagaimana cara pantas membuat 'hatcing' iaitu kerja lorek untuk sesuatu area atau objek didalam drawing.

Hatching adalah penting didalam sesuatu drawing Autocad. Tujuannya adalah untuk membezakan sesuatu area dengan area yang lain. Perkataan lain yang sering digunakan adalah 'shade'.


Ada beberapa cara untuk hatching sesuatu area didalam drawing Autocad.

Cara 1:
Secara biasa anda perlu taip 'bhatch' pada command dan suatu dialog box akan muncul seperti video dibawah:









Cara 2:

Cara ini lebih pantas. Sebelum itu anda perlu mengaktifkan 'Tool Palettes'.
Sila lihat video dibawah:



 










Selamat Mencuba.



End of Tutorial #27

Rahman Ahmad