Selasa, 21 Mei 2013

TUTORIAL #42 - How to Design a Pond using 'Grading Wizard'


Salam Sejahtera,


Sedikit mengenai Civil Design:

Pernahkah anda mendengar perkataan 'Grading Wizard'?
Grading Wizard adalah suatu menu software sokongan yang boleh didapati pada Autocad Civil Design. Menu-menu civil design boleh di add on kepada Autodesk Land Desktop (LDD). Untuk mendapatkan menu grading wizard dan lain-lain, anda perlu membeli CD Civil design dan install seperti anda install software Land Desktop.

Setelah anda siap install, buka Land Desktop seperti biasa dan taip 'menu load' pada command. Anda akan menjumpai menu civil disana dan load kedalam LDD. 


Dalam tutorial ini, kita akan belajar bagaimana untuk design sebuah kolam atau 'pond'. Untuk tugasan ini, kita masih memerlukan satu topography yang telah dibuat 'surface'.
Untuk itu, data-data Tutorial 40 yang lepas masih diperlukan dalam tutorial ini.


Bagaimana untuk memulakannya:

Kita akan membina sebuah 'pond' seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah. Sebelum itu, sila perhatikan satu kawasan segiempat yang berwarna magenta dalam gambar itu. Itu adalah gambaran pond yang akan dibina. Dua garisan yang merentasi pond itu ialah garisan Cross-Section. Kita masih menggunakan surface topography dari tutorial yang lalu.






1. Sebagai langkah pertama, anda perlu ada satu kawasan mempunyai kontour ketinggian. Kita  menggunakan satu topgraphy yang telah dibina surface. Saya akan menggunakan topography yang sama seperti didalam tutorial 41 yang lepas.  Anda dinasihatkan supaya membaca tutorial-tutorial sebelum ini untuk lebih faham.

Ok, kita akan membuat satu rectangle seperti kawasan yang ditunjuk dalam gambar dibawah.
Rectangle yang berwarna merah itu ialah perimeter pond yang akan dibina.






2. Lukiskan satu rectangle kedudukan orientasi sepeti diatas. Gunakan 'polyline' command untuk membuatnya. Masukkan elevation atau aras ketinggian kepada perimeter rectangle itu. Caranya mudah sahaja.
Klik pada rectangle itu dan taip 'PR'. Dialog box 'Properties' akan muncul. Sila perhatikan tempat yang bertanda merah itu. Taipkan nilai elevation disitu. Sebagai contoh, taipkan 80.00. Selepas selesai, keluar dari dialog box ini.




Rectangle itu telah mempunyai nilai elevation yang bersamaan 80.0m
Selepas itu, kita perlu offset rectangle itu 5m arah kedalam. Tujuannya adalah untuk membuat platform dan slope disebelah dalam pond tersebut. Caranya seperti berikut.



Taip 'O' yang bermaksud offset, taip 5, enter. Selepas itu klik pada rectangle dan drag kearah anak panah seperti gambar diatas.
Sekarang, kita telah mempunyai 2 rectangle yang mempunyai elevation yang sama.



3. Selepas itu klik pada menu 'Grading' dan diikuti dengan menu-menu seperti dalam gambar dibawah.







4. Untuk meneruskan tugasan ini, anda perlu klik pada menu itu, turutan menu itu adalah seperti dibawah:

Klik: >  Grading > Slope Grading > Grading Wizard...



Command akan memaparkan:
Command:
Select a polyline, line, arc, or grading object

Pick side:

Klik pada tempat yang bertanda merah dan arahkan cursor mengikut arah anak panah itu.






5. Dialog box 'Footprint' seperti dibawah akan muncul. Sebagai contoh, masukkan nilai Base Elevation seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah. Selepas itu klik Next.






6. Dialog box 'Target' seperti dibawah muncul, klik pada 'Surface' dan scroll down untuk cari EGL_SOUTH. Klik Next.








7. Dialog box 'Slopes' seperti dibawah akan muncul. Masukkan nilai seperti ditunjukkan. Selepas itu klik Next.







 8. Dialog box 'Corner' akan muncul. Tick pada Radial Projection dan selepas itu klik Next sekali lagi.









 9. Dialog box 'Accuracy' muncul. Klik Next.










 10. Dialog box terakhir 'Appearance' muncul. Klik Finish.






 11. Rekabentuk slope bahagian luar pond telah siap dibina. Kawasan yang berwarna merah adalah cut slopes dan yang berwarna biru adalah fill slopes. Lihat gambar dibawah.





12.  Sekarang kita akan membuat slope dibahagian dalam pond tersebut. Lakukan step yang sama seperti step 5 - step 10. Tetapi untuk step yang ke 6 terdapat sedikit perbezaan. Pada dialog box 'Target', untuk Grading Target, tick kepada elevation. Sila ikut seperti gambar dibawah.




Selepas keluar dari dialog ini. Anda perlu klik Next sampai ke dialog box yang terakhir. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.





Ini ialah pandangan atas untuk pond yang telah direkabentuk itu. Anda boleh mengubah bentuk saiz atau elevation terhadap perimeter pada pond tersebut. Jika anda mengubah rekabentuk perimeter pond itu, garisan merah dan biru yang mewakili slope itu juga akan automatik berubah.

Begitulah cara yang ringkas, cepat dan mudah untuk design suatu pond dengan menggunakan Grading Wizard.



Apa yang saya tunjukkan disini adalah sebagai contoh sahaja. Mungkin tidak sesuai dengan tugas anda. Jika anda telah memahami bagaimana untuk membuatnya, anda boleh lakukan dengan kesesuaian kerja anda. 

Grading menu ini banyak kegunaannya. Banyak perkara yang boleh dilakukan jika melibatkan kerja tanah. Antaranya anda boleh mengira volume cut and fill kerja tanah, mengira isipadu air takungannya, generate cross-section atau untuk membuat kontour bagi sesuatu rekabentuk dan design untuk earthwork. Software ini sangat sesuai terutamanya kepada seorang Civil Cad designer, juruukur tanah ataupun seorang jurutera awam.


Untuk mengetahui bagaimana cara membuat Cross Section, sila layari; Tutorial 41.




Bersambung di lain hari. Selamat Maju Jaya.


Terima Kasih.



Admin.
Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com




























































Isnin, 20 Mei 2013

TUTORIAL #41 - Bagaimana Hendak Membuat Keratan Rentas - Land Desktop



Salam Sejahtera,


Dalam tutorial yang lalu anda telah belajar bagaimana hendak membuat 'surface' menggunakan Autodesk Land Desktop. Tutorial ini adalah sambungan dari tutorial ke 40.
Kali ini kita akan belajar bagaimana hendak membuat keratan rentas dengan menggunakan Land Desktop.

Sila lihat gambar dibawah. Pada gambar topography itu terdapat satu garis yang merentasinya yang ditandakan sebagai A - A'.






Dalam tutorial yang lalu kita telah membuat surface pada contour topography tersebut. Kepada sesiapa yang belum tahu bagaimana hendak membuat surface sila lawati halaman Tutorial 40. Untuk membuat keratan rentas, ikuti langkah-langkah seperti dibawah:


1. Klik 'Terrain' pada menu tarik, seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.





2. Klik pada: Terrain > Sections > Define Multiple Surfaces, dialog box seperti dibawah akan muncul.






3. Klik pada surface EGL_SOUTH yang kelihatan pada kolum Select from, surface itu akan muncul pada kolum Current. Klik pada OK dan keluar dari sini.
Selepas ini kita akan impot keratan rentas dari surface topography itu. Sila lihat gambar dibawah ini.








4. Sekali lagi, klik pada 'Terrain > Sections > Import Quick Section. Land Desktop akan bertanya beberapa perkara. Untuk pertama kali tugas mengimpot keratan rentas, LDD akan
munculkan dialog box seperti dibawah. Anda hanya pilih surface yang berkenaan dan klik OK.






5. Selepas itu klik pada garisan rentas yang bertanda A-A'.
Lihat teks arahan yang muncul pada command seperti dibawah ini: Teks yang berwarna merah adalah input yang perlu dimasukkan.


Command:
Select object: Klick pada garisan A - A'

Datum line layer : Enter
Description for section:   AA'
Vertical scale factor <0 .2500="">: 1
Insertion point:  Klik satu point pada screen
Minimum elevation: 60.59  Maximum elevation: 85.36
Datum elevation <55 .0000="">: Enter




6. Satu keratan rentas (Cross-Section) akan muncul. Untuk makluman anda, keratan rentas yang terhasil tidak lah lengkap seperti yang anda lihat pada gambar dibawah. Tetapi anda perlu lakukan sedikit pengubahsuaian supaya keratan rentas itu menepati keperluan anda. 






Begitulah cara bagaimana kita membuat lukisan keratan rentas yang ringkas dengan menggunakan Land Desktop.
Jika anda ingin keterangan lebih details, sila email saya.



Terima kasih kerana melayari blog saya.


Selamat Maju Jaya.


Admin


Rahman Ahmad. 

Isnin, 13 Mei 2013

TUTORIAL #40 - How To Create Surface In Land Desktop



Salam Sejahtera,


Apabila memperolehi sejumlah survey point dari juruukur, anda perlu untuk membuat point itu interactive pada screen Autocad.
Tugas penting selepas itu ialah anda perlu membuat 'surface' terhadap semua point tersebut. Ini adalah kerana dengan adanya surface merangkumi semua point itu, tugas anda akan menjadi mudah selepas itu.
Dalam tutorial ini anda dianggap sudah mengetahui bagaimana atau apakah format file point yang anda perolehi itu yang bakal digunakan untuk membuat surface.

1. Setelah anda memeriksa dan puashati dengan semua point tersebut, kemudian boleh saja anda impot masuk kedalam screen.



     Dibawah ini adalah contoh sejumlah survey point yang anda perolehi dari juruukur tanah.





2. Setelah itu klik pada 'Terrain' yang terletak pada menu tarik (pull down menu). Dialog box seperti dibawah akan muncul. Right click pada Terrain. Kemudian Create New Surface.






3. Default name, Surface 1 akan kelihatan, right click pada surface 1 dan namakan
EGL_SOUTH seperti gambar dibawah. Klik pada tanda + disebelah kirinya.






4. Selepas itu, right click pada Point Files seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.






5. Klik pada Add Points from Autocad Objects > Points
Select semua point yang terpapar pada screen itu samada dengan select object atau
select Layer. Jika anda memilih Layer, pastikan semua point itu didalam layer yang sama
dan tidak ada objek lain yang tidak diperlukan.



Select all points and make sure all of them are in right elevation and scale



                                                                                                                                                                             

6. Sampai disini anda telah berjaya memasukkan semua point itu kedalam Terrain Model
Explorer dan ianya siap sedia untuk create surface.






7. Right clikck pada EGL_SOUTH dan klik pada 'Build..'
Dialog box seperti dibawah akan muncul, anda hanya perlu namakan surface itu sama seperti
yang terdapat pada Terrain. Ini adalah bertujuan supaya anda tidak keliru. Lihat gambar dibawah.






8. Klik OK. Surface telah siap dibuat. Untuk lihat surface itu, sila ikuti langkah seperti gambar dibawah.






9. Apabila anda klik pada Quick View, satu rangkaian garisan segitiga akan terbentuk yang
dinamakan TIN atau 'Triangulated Irregular Network'. Dengan terciptanya TIN, bermacam-
macam fungsi anda boleh lakukan pada surface EGL_SOUTH tersebut.





TIN akan hilang jika anda mengerakkan cursor










Dalam tutorial akan datang, saya akan menunjukkan bagaimana surface ini boleh dimanipulasi untuk tujuan membuat cross section, mengira volume dan sebagainya.





Selamat Mencuba. Selamat Maju Jaya.





Terima Kasih.


Admin.
Rahman Ahmad.