About Me


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Nama saya Rahman Ahmad. Saya bekerja di Ipoh, Perak, sebagai Cadd Designer dengan sebuah syarikat Consultant & Contractor dari Amerika Syarikat. Saya 'joint' dengan syarikat ni sejak 2004. Pengalaman saya dalam bidang Autocad drafting ini lebih kurang 12 tahun. Saya mendapat pendidikan asas dalam bidang Kejuruteraan Awam di UTM, Jln Gurney. K.Lumpur.

Nama syarikat yang saya bekerja ialah GSM Consultancy (M) Sdn Bhd sebuah anak syarikat Geosyntec Consultant, berpusat di Atlanta Georgia, USA. Banyak pengalaman yang saya perolehi bekerja disini kerana syarikat ini ialah sebuah syarikat worldwide consultation dalam bidang kejuruteraan pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar, pelupusan toksid, radioaktif, teknologi pelupusan sampah, pembinaan infrastruktur, rawatan dan pemulihaan air, pembinaan bangunan, jalanraya dan sebagainya.



           Gambar bersama Geosyntec President Mr. Rudy Bonaparte, Mr.Terry Sanglerat dan staff GSM




My friend, Craig Browne and his beloved family

 
Sebelum ini saya bekerja sebagai Autocad Draftperson dengan syarikat MTD Constructions Sdn. Bhd. di projek lebuhraya Ipoh, Simpang Pulai - Cameron Highlands selama lebih kurang 6 tahun.

Saya ingin mencari kenalan dan bertukar ilmu dengan sesiapa sahaja yang berminat dibidang pelukisan pelan ini.



Gambar bersama isteri yang banyak memberi dorongan kepada saya..


Sumber kecerian dan penghibur dikala  kesunyian - Yuyin
                                                                                                      



Anak gadis kesayangan yang masih belajar di sebuah kolej di KL



















Berkelah dihujung minggu bersama anak saudara




Teruskan mengikuti tutorial-turorial saya yang akan datang. Semoga anda mendapat sedikit menafaat dari usaha saya yang tidak seberapa ini. Selamat Membaca.

Saya boleh dihubungi melalui:
         aahmad@geosyntec.com
H/P : 0125908561 / 013 5803331

Terimakasih.

Rahman Ahmad.


Yang Ikhlas,
Rahman Ahmad.