Dalam Autocad, definasi XREF (external reference) secara mudah ialah satu drawing yang boleh digunapakai dalam sejumlah drawing yang lain. Disebabkan sama pada setiap drawing, maka anda tidak perlu melukis pada setiap drawing tersebut. Anda hanya perlu insert lukisan itu sebagai ‘xref’ kedalam setiap drawing itu.
Bagaimana mahu xref ?.
> Insert > External Reference > Select Reference File > .. atau,
> Taip: XR > Xref Manager > Attach> Select Reference File >..
(Sila rujuk tutorial sebelum ini.)
Katakan anda mahu melukis 4 drawing (layout plan) yang diantara mereka seakan-akan sama tetapi ada sedikit berbeza. Ambil contoh drawing dibawah yang telah siap sebagai rujukan. Drawing itu menunjukkan satu layout sebuah mini litar go-kart yang saya lukis dan telah dipermudahkan.
Katakan kita akan menyediakan 4 jenis drawing yang saling berhubungan antara satu sama lain.
1 : Lokasi projek litar.
2 : Perimeter area litar track yang hendak dibina.
3 : Pembinaan layout litar.
4 : Pembinaan litar yang telah siap.
Drawing 1: Lokasi projek litar.
Perhatikan garisan contour dalam figure diatas. Kontour ini menjadi base bagi setiap drawing tersebut dan ianya kelihatan tidak berubah. Maka drawing 1 ini boleh kita jadikan suatu xref dalam drawing yang lain-lain.
Drawing 2 : Perimeter area litar track yang hendak dibina.
Dalam drawing ini kita hendak melukis satu perimeter kawasan litar. Perhatikan garisan merah itu ialah perimeter luar untuk lokasi litar tersebut. Untuk kontour kita hanya perlu xref saja dari drawing 1 kedalam drawing 2.
Drawing 3 : Pembinaan layout litar.
Perhatikan garisan dalam yang membentuk litar yang berbentuk ‘F1’. Jika perlu kita hanya xref drawing 2 untuk memudahkan melukis drawing 3. Tetapi saya ambil drawing 1 sebagai xref untuk ketiga-tiga drawing lain.
Dalam drawing 4, litar telah siap dilukis tanpa perlu melukis semula kontour dan perimeter area.
PENTING
Sekiranya ada perubahan kepada kontour,
kita hanya perlu edit pada drawing 1. Maka kontour pada drawing yang lain-lain juga ikut berubah apabila anda membuka drawing tersebut.
Itulah serba sedikit kebaikan XREF. Ia amat memudahkan kerja anda. Info ini terlalu ringkas dan basic. Jika anda ada apa-apa pertanyaan mengenai xref, sila email saya di:
mancadd@yahoo.com
Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba. :)
Admin.
End of Tutorial #17
salam....
BalasPadambgs nampaknya sistem pengajaran En rahman
Terimakasih. ni semua percuma jer.
BalasPadamKalau nak tau lebih detail, boleh buat TT ngan saya. Admin
abang!!kalo nk blaja ngn abg leh x?saya kat area shah alm..plese sy betol2 perlukan pertolongn:) kite jumpe face 2 face sbb kalo tutorial je xpaham sgt
BalasPadamSalam,
BalasPadamSiti Faeqah. Saya sedia untuk membantu. Lokasi saya kat Ipoh area, so sms/call atau email saya:
mancadd@yahoo.com
0125908561/0125803331
Terima kasih.
Maaf, Pembetulan no:
BalasPadam0135803331,
kalau gagal menghubungi saya thru phone, sila SMS salah no diatas.
Thanks.
Apa bezanya Xreference dgn DWG reference?
BalasPadamSalam,
BalasPadamMaaf lama saya tak jgk kat sini.
Xreference dgn DWG reference benda yg sama cuma dlm istilah autocad kita biasa guna Xref atau Xreference. X = External, iaitu drawing yg ada diluar dari drawing yg sedang kita lukis.
apakah beza xref dengan insert ??? nampak cam sama je?
BalasPadamBezanya xref boleh di link dlm drawing2 yg lain. Misal kalau kita modified drawing xref itu, drawing2 yg ada link dgn xref tadi otomatik berubah.
BalasPadam