Selasa, 11 Januari 2011

TUTORIAL #21 - Import Point Data dari Excel ke LDD

Salam Sejahtera,


Katalah anda mempunyai sejumlah survey point dan hendak di import kedalam Autocad LDD.
Bagaimana perlu anda lakukan.


1. Masukkan data point tersebut kedalam Excel dan proseskan seperti format seperti dibawah:




2. Setelah itu simpankan fail tersebut dalam format CSV ( *.csv) seperti gambarajah dibawah:



3.       Buka LDD dan buat satu drawing Projek baru:



4.       Save drawing kedalam Project Folder seperti dibawah.
 

5. Sebelum mengimpot point, kalau perlu setkan point tersebut seperti yang diinginkan.
     Klik pada > Point > Point Settings…







Masukkan nilai-nilai yang diperlukan didalam setiap option setting pada dialog box berkaitan.
Klik OK setelah selesai.


6. Setelah itu tugas kita seterusnya adalah membawa masuk fail teks dari Excel kedalam LDD. Sebelum itu, kita perlu melakukan beberapa tugas yang lain sebelum mula mengimpot point. Kita perlu menetukan bagaimana format point yang akan diimpot.



    Klik > Points > Import/Export Points > Format Manager….(Sila lihat figure dibawah: )









              P=Point No.  E=Easting    N= Northing   
             Z=Elevation   D= Description






7. Langkah seterusnya adalah penting kerana disinilah tugas utama kita untuk mengimpot point.




             > Points > Import/Export Points > Import Points..









Dalam Format Manager – Import Points, Anda harus membawa masuk fail teks format CSV yang berkaitan untuk diimpot kedalam LDD. Selepas anda klik OK, dialog box seperti dibawah akan muncul. Pilihlah option yang bersesuaian dan klik OK.




Klik OK untuk keluar dari dialog box ini. Hasilnya, Point yang diimpot akan hadir pada screen Autocad LDD anda. Sila lihat gambar dibawah:




Perhatikan semua point yang tertera pada screen mempunyai rincian seperti point number, elevation dan description.
 
 


Selesai sudah tugas anda mengimpot point kedalam LDD. Selepas ini tindakan selanjutnya terpulang kepada kerja dan tugas anda untuk memanipulasikan semua point tersebut.


Selamat Mencuba.



End of Tutorial #21



Salam Hormat.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan