Selasa, 16 April 2013

TUTORIAL #36 - Bagaimana Untuk Digitize Hardcopy Kepada Autocad Softcopy




Salam Sejahtera,







Kadang-kadang kita perlu untuk menukar sesuatu lukisan hardcopy kepada softcopy. Softcopy yang dimaksudkan ialah kita perlukan lukisan hardcopy itu dibuat semula didalam drawing Autocad. Saya percaya setiap drafter akan menghadapi masalah ini pada sesuatu ketika.
So, caranya mudah sahaja.



1. Cari atau dapatkan lukisan hardcopy yang hendak 'digitize'.


  
Contoh lukisan hardcopy yang hendak ditukar kepada drawing Autocad



 


2. Scan lukisan hardcopy tadi ( menggunakan 'scanner' yang tersambung ke komputer)
    samada ke dalam format jpg atau pdf.




Semasa scan pastikan lukisan hardcopy itu jelas dan tidak mereng.




3. Buka Autocad, mulakan dengan drawing yang baru. Impot masuk imej yang discan itu.
    Caranya: taip 'im' yang bermaksud image manager atau klik seperti dalam gambar
    dibawah. Cari imej di scan tadi dan impot masuk ke screen.








4. Setelah imej sudah ada dalam screen. Mulakan 'digitize' setiap line atau objek yang
     terdapat dalam imej itu. Gunakan line yang berwarna supaya anda boleh nampak line yang
     dibuat.




Gunakan line yang berwarna merah atau apa-apa warna yang boleh dilihat



5. Setelah selesai digitize, copy apa sahaja yang telah digitize ke tempat yang baru dalam screen. Tujuannya adalah supaya anda boleh nampak sekiranya terdapat kesalahan semasa digitze.






7. Skalakan lukisan digitize itu dengan skala yang boleh didapati darinya. Contohnya jika
    didalam lukisan itu terdapat objek yang berukuran, maka gunakanlah objek itu sebagai
    'scale factor'.




Dalam contoh ini ukuran Table A boleh diambil sebagai 'scale factor'




6. Setelah selesai urusan skala, maka save sebagai Autocad file iatu dwg file.
     Mudah bukan. Tetapi jika anda boleh mendapatkan sesuatu lukisan itu dalam bentuk
     softcopy dengan mudah, maka anda tidak perlukan semua ini.







Sekian untuk kali ini. Selamat Belajar.





Admin
Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com

2 ulasan: