Isnin, 22 April 2013

TUTORIAL #39 - Bagaimana Cara Yang Mudah Untuk Melukis Triangle



Salam Sejahtera,





Satu perkara yang mudah tetapi ramai yang tidak tahu ialah cara bagaimana kita hendak melukis 'triangle' atau segitiga secara pantas didalam Autocad. Setahu saya tidak ada toolbar atau icon yang khusus untuk melukis triangle.





Triangle atau segitiga yang bersudut 60° pada setiap sudutnya



Ada berbagai cara kita boleh melukis triangle dalam Autocad dengan menggunakan line. Tetapi tahukah anda ada satu cara yang amat mudah untuk melukis triangle.

Caranya:

> Taip 'polygon' pada command atau klik pada icon toolbar polygon




      Command:  polygon
      Enter number of sides <4>:   3
      Specify center of polygon or [Edge]: Klik satu point pada screen
      Enter an option [Inscribed in circle/Circumscribed about circle] : Enter, press F8
      Specify radius of circle:   5, Enter




Hasilnya seperti dibawah ini:




Tekan F8 untuk Triangle yang berkedudukkan tepat mendatar




Radiusnya diukur seperti ditunjukkan dibawah:








Selamat Maju Jaya.




Terima Kasih.


Admin
Rahman Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan