Isnin, 23 Mei 2011

TUTORIAL #22 - Bagaimana memuat turun imej 2D dari Google Earth ke Autocad

Selamat sejahtera,



Untuk kali ini kita akan membincangkan bagaimana cara memuat turun gambar-gambar dari imej Google Earth ke dalam Autocad secara manual.



Langkah 1


1. Start Google Earth aplikasi



2. Kenalpasti lokasi imej yang hendak dimuat turun.

                                                


3. Tentukan skala imej terlebih dahulu. Gunakan 'Google Ruler'  seperti gambar di bawah;




4. Copy dan simpankan imej tersebut kedalam komputer anda. Pastikan garis itu tertera di imej tersebut dan kemudian lebih mudah untuk anda membetulkan skala selepas ini.


 Langkah 2


1. Start Autocad Aplikasi
2. 'Insert raster image' dari imej fail Google Earth ke dalam Autocad screen.
3. Klik kan cursor dimana-mana. Jangan risau berkenaan skala.






4. Setelah imej sudah tertera pada screen, ukur garis jarak pada Google Earth ruler tersebut. Katalah Google Earth ruler 500m, tetapi bila anda ukur hanya 184.95m.



Buat pengiraan seperti ini:
= 500/184.95
= 2.7034333 ( ini adalah scale factor)


 Gunakan scale factor tersebut untuk menjadikan imej itu betul dan tepat dalam skala yang diperlukan.



5. Taip 'scale' pada command line
     >select objects, > select All, enter twice. Lakukan seperti biasa untuk skala objek.
     >Specify base point: > klik dimana-mana
     >Specify scale factor or [Reference]:    masukkan  2.7034333, >enter.



6. Imej tersebut sudah siap dengan skala yang betul. Anda boleh 'digitze atau 'attach' fail imej tersebut sesuai dengan keperluan kerja-kerja anda.




Kita boleh juga untuk menempatkan imej tersebut kepada kordinat yang betul (Plain State Coordinates). Untuk melakukan ini, kita perlukan satu benchmark pada imej tersebut yang diketahui kedudukan nilai kordinat Easting dan Northing. (Elevation tidak akan berlaku didalam tugasan imej ini kerana imej 2D.)


Setelah mengenal pasti lokasi kordinat benchmark tersebut, kemudian 'Move' imej tersebut kepada kordinat benchmark tersebut.



Untuk pengetahuan anda, di dalam perisian Autocad 3D Civil, kerja memuat turun imej dari Google Earth  bertambah mudah dan tepat dimana imej yang dimuat turun itu merangkumi kordinat 3D, X, Y dan Z.




Sekian selamat mencuba.


End of Tutorial #22
Admin.
Rahman Ahmad





Tiada ulasan:

Catat Ulasan