Isnin, 23 Mei 2011

TUTORIAL #24 - Rajah Detail Autocad

Salam Sejahtera,


Di dalam lukisan pembinaan, lukisan detail adalah sangat penting. Tujuan diperlukan lukisan terperinci adalah untuk memudahkan kepada jurutera pembinaan memahami bagaimana sesuatu rekabentuk itu hendak dibina.


Dibawah ini ada beberapa contoh lukisan detail untuk civil dan structure yang biasa dilihat pada lukisan pembinaan.








Skala yang digunakan biasanya tidak memerlukan skala yang betul. Penunjuk yang selalu digunakan didalam sesuatu lukisan detail ialah Not to Scale ataupun N.T.S.













Anda perlu menyatakan dari mana ianya diambil. Penggunaan 'bubble' atau f'ernbar' adalah untuk memudahkan rujukan dibuat. Untuk indikasi sesuatu keratan rentas, kita akan menggunakan huruf abjad, manakala untuk lukisan terperinci, nombor akan digunakan. Sila lihat rajah dibawah:










Satu lukisan terperinci boleh ditunjukkan dalam sudut pandangan atas atau pelan, sisi dan juga pandangan isometrik.





Didalam lukisan konkrit tetulang juga memerlukan lukisan detail, juga bertujuan untuk memudahkan seorang jurutera membaca pelan bagaimana lokasi, kedudukan serta jenis besi yang hendak digunapakai.
















Terima kasih.
Selamat Maju Jaya.




Rahman Ahmad




End of Tutorial # 24

3 ulasan: