Isnin, 22 April 2013

TUTORIAL #39 - Bagaimana Cara Yang Mudah Untuk Melukis Triangle



Salam Sejahtera,





Satu perkara yang mudah tetapi ramai yang tidak tahu ialah cara bagaimana kita hendak melukis 'triangle' atau segitiga secara pantas didalam Autocad. Setahu saya tidak ada toolbar atau icon yang khusus untuk melukis triangle.





Triangle atau segitiga yang bersudut 60° pada setiap sudutnya



Ada berbagai cara kita boleh melukis triangle dalam Autocad dengan menggunakan line. Tetapi tahukah anda ada satu cara yang amat mudah untuk melukis triangle.

Caranya:

> Taip 'polygon' pada command atau klik pada icon toolbar polygon




      Command:  polygon
      Enter number of sides <4>:   3
      Specify center of polygon or [Edge]: Klik satu point pada screen
      Enter an option [Inscribed in circle/Circumscribed about circle] : Enter, press F8
      Specify radius of circle:   5, Enter




Hasilnya seperti dibawah ini:




Tekan F8 untuk Triangle yang berkedudukkan tepat mendatar




Radiusnya diukur seperti ditunjukkan dibawah:








Selamat Maju Jaya.




Terima Kasih.


Admin
Rahman Ahmad

TUTORIAL #38 - Bagaimana Membuat Warna Teks Hitam Menjadi Putih



Salam Sejahtera,

Pernahkah anda inginkan teks yang berwarna putih didalam lukisan pelan anda? Teks yang dimaksudkan itu adalah seperti dibawah.





Dalam Autocad, biasanya teks atau font yang berwarna putih itu apabila print keluar ia adalah sebenarnya hitam. Ini tidak menjadi hal kerana biasanya teks atau tulisan berwarna hitam dan di cetak pada kertas berwarna putih. Tetapi bagaimana jika anda mahu menjadikan teks atau tulisan itu berwarna putih, sedangkan pada screen Autocad, tulisan itu berwarna putih?


Ada beberapa cara untuk membuatnya tetapi yang saya selalu lakukan ialah seperti berikut:


1. Pilih teks yang hendak ditukar kepada warna putih. Anggap teks dibawah sebagai contoh.







2. Dalam screen Autocad teks kelihatan berwarna putih, tetapi ia sebenarnya akan kelihatan hitam pada kertas lukisan. Taipkan 'color' pada command. Dialog box seperti dibawah akan muncul, Tukarkan nombor kod warna putih itu menjadi; 255,255,255 seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.





Taipkan sahaja nombor seperti yang ditunjuk anak panah


3.  Walaupun telah ditukarkan kod warnanya, teks tersebut kelihatan tidak berubah.

4.  Buatkan satu rectangle dan isikan solid hatch dengan warna putih. Lihat gambar dibawah.




Rectangle atau segiempat tepat yang telah di isikan solid hatch berwarna putih.


4.  Move atau alihkan tulisan itu masuk kedalam rectangle tersebut. Letakkan teks tersebut betul-betul ditengah rectangle itu. Apabila anda alihkan teks kedalam rectangle, teks tersebut tidak dapat dilihat lagi.



Bawakan teks itu masuk kedalam rectangle





Sekarang teks tidak kelihatan lagi
5. Print keluar lukisan anda. Anda akan kelihatan teks itu berwarna putih muncul ditengah satu kotak hitam. Lihat gambar dibawah.


  Kadang-kadang anda boleh mempercantikkan lukisan dengan gaya teks yang begini.


Inilah cara yang saya tahu. Mungkin anda anda cara lain yang lebih baik, tolong share ok?


Selamat Mencuba.

Terima Kasih.


Rahman Ahmad
Admin
Belajar Autocad Mudah

Rabu, 17 April 2013

TUTORIAL #37 - Bagaimana Dapatkan Skala Sebenar Objek













Salam Sejahtera,




Pernahkah anda menghadapi masaalah ketika hendak skalakan objek kepada ukuran sebenar didalam lukisan Autocad?.

Senario yang biasa berlaku dimana anda impot atau insert sesuatu objek kedalam lukisan Autocad. Tetapi setelah selesai insert, objek itu dalam berkeadaan scale yang tidak betul. Seperti diperlihatkan dalam gambar dibawah ini.




Sebagai contoh; katalah, satu imej pembaris telah diimpot (insert) kedalam screen



Dalam contoh diatas, kita dapat lihat pembaris itu berukuran 12mm panjang. Tetapi apabila diukur didalam Autocad penunjuk ukuran atau dimension menunjukkan 28.8154 (mm). Ini bermakna skala bagi objek pembaris itu tidak betul. Sepatutnya penunjuk ukuran (dimension) mesti menunjukkan ukuran 12mm juga.


Ok, cara untuk memberikan skala yang betul pada objek pembaris itu, anda perlu membuat sedikit pengiraan seperti dibawah untuk mendapatkan scale factor.



                            A   =   Panjang sebenar pembaris  (mm)         =    12 

                            B  =    Panjang yang ditunjuk oleh dimension    =    28.8154



Pengiraannya:   =   A  /  B (sebab ukuran dimension lebih besar daripada panjang pembaris)

                            =    12 / 28.8154

                            =     0.416444 (ini ialah scale factor)




Langkah seterusnya, untuk mendapatkan ukurannya yang sebenar, anda perlu scale imej pembaris itu.



> Taip 'sc' atau 'scale' pada command line, enter.
Select object:  Anda perlu pilih imej pembaris termasuklah dimension itu.
Specify base point:  Klik dimana mana pada screen
Specify scale factor or [Reference]:  Masukkan nilai scale factor itu, enter.

 


Hasilnya seperti ditunjukkan gambar dibawah:



Sekarang dimension telah bertukar kepada 12mm.





Memang mudah bukan?  :)





Ok, Selamat Mencuba.




Selamat Maju Jaya, Terima Kasih




Admin:

Abdul Rahman Ahmad






Selasa, 16 April 2013

TUTORIAL #36 - Bagaimana Untuk Digitize Hardcopy Kepada Autocad Softcopy




Salam Sejahtera,







Kadang-kadang kita perlu untuk menukar sesuatu lukisan hardcopy kepada softcopy. Softcopy yang dimaksudkan ialah kita perlukan lukisan hardcopy itu dibuat semula didalam drawing Autocad. Saya percaya setiap drafter akan menghadapi masalah ini pada sesuatu ketika.
So, caranya mudah sahaja.



1. Cari atau dapatkan lukisan hardcopy yang hendak 'digitize'.


  
Contoh lukisan hardcopy yang hendak ditukar kepada drawing Autocad



 


2. Scan lukisan hardcopy tadi ( menggunakan 'scanner' yang tersambung ke komputer)
    samada ke dalam format jpg atau pdf.




Semasa scan pastikan lukisan hardcopy itu jelas dan tidak mereng.




3. Buka Autocad, mulakan dengan drawing yang baru. Impot masuk imej yang discan itu.
    Caranya: taip 'im' yang bermaksud image manager atau klik seperti dalam gambar
    dibawah. Cari imej di scan tadi dan impot masuk ke screen.








4. Setelah imej sudah ada dalam screen. Mulakan 'digitize' setiap line atau objek yang
     terdapat dalam imej itu. Gunakan line yang berwarna supaya anda boleh nampak line yang
     dibuat.




Gunakan line yang berwarna merah atau apa-apa warna yang boleh dilihat



5. Setelah selesai digitize, copy apa sahaja yang telah digitize ke tempat yang baru dalam screen. Tujuannya adalah supaya anda boleh nampak sekiranya terdapat kesalahan semasa digitze.






7. Skalakan lukisan digitize itu dengan skala yang boleh didapati darinya. Contohnya jika
    didalam lukisan itu terdapat objek yang berukuran, maka gunakanlah objek itu sebagai
    'scale factor'.




Dalam contoh ini ukuran Table A boleh diambil sebagai 'scale factor'




6. Setelah selesai urusan skala, maka save sebagai Autocad file iatu dwg file.
     Mudah bukan. Tetapi jika anda boleh mendapatkan sesuatu lukisan itu dalam bentuk
     softcopy dengan mudah, maka anda tidak perlukan semua ini.







Sekian untuk kali ini. Selamat Belajar.





Admin
Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com