Rabu, 18 Mei 2011

TUTORIAL #26 - XREF Titleblock ke dalam Autocad

Salam Sejahtera,


Apa khabar? Semoga anda sihat dan ceria selalu.


Dalam Tutorial #25 yang lepas anda telah belajar bagaimana hendak melukis 3 jenis titleblock yang sering digunakan didalam lukisan kejuruteraan.


Hari ini anda akan belajar bagaimana hendak 'xref' titleblock tersebut kedalam Autocad drawing.


Xref adalah singkatan dari 'external reference' dimana kita mengimport drawing kedalam drawing yang lain.


Tujuan perlu titleblock adalah untuk menjadi frame kepada drawing semasa printing kelak.


Saya akan tunjukkan bagaimana hendak xref titleblock A4 sahaja.


Anda cuba lakukan sendiri untuk titleblock A3 dan A1.






Ikuti langkah-langkah berikut:


1. Open Autocad seperti biasa.


2. Saveas sebagai satu drawing yang baru.


3. Lukiskan sesuatu objek yang ringkas dalam drawing itu, misalnya, satu segiempat tepat.


4. Tukarkan view dari Model Space ke Paper Space. Tahukah bagaimana cara melakukannya?
Sila lihat figure dibawah:





5. Perhatikan kepada ‘Layout1’, right click padanya, setelah itu pergi ke:


> Page Setup Manager.. > Modify > printer name= Adobe PDF


6. Paper Size = A4


7. Plot area, what to plot > biarkan ianya pada 'Layout '


8. Plot scale, Scale: 1 : 1


9. Drawing orientation = Landscape,


10. Klik OK, keluar dari dialog box itu. Sudah selesai.


sila lihat figure dibawah:








Sekarang tiba masa untuk tugas yang seterusnya.

 
XREF titleblock kedalam Paper space tersebut.


1. Masih lagi di Layout1


2. Taip 'xref' pada command


3. Xref Manager akan muncul


4. Klik 'Attach'


5. Cari dimana anda simpan drawing TBA4L sebelum ini.


6. Setelah jumpa klik failname tersebut, selepas itu tekan ‘open', kemudian klik OK lagi sekali.


7. Titleblock A4 telah masuk betul-betul pada Layout 1.


Tetapi drawing masih kosong kan? Tidak mengapa, kita akan sambung lagi langkah seterusnya.





8. Taip 'MV' pada command.


9. Buat satu rectangle atau kotak kedalam tempat kosong di titleblock tu.


10. Anda akan nampak segiempat yang anda lukis dalam 'model Space' sebentar tadi. Sila lihat figure dibawah:








Kalau tidak nampak bermakna ada sesuatu kesilapan yang telah berlaku. 


Sila ulangi sehingga anda menjadi mahir. Kemudian cuba pula dengan Titleblock A1 and A3.



Video dibawah menunjukkan cara bagaimana mahu xref titleblock kedalam Layout. Namun cara ini ada sedikit perbezaan dengan cara yang saya terangkan diatas.


Jika anda masih tidak faham, jangan teragak-agak untuk menghantar email atau sms kepada saya.






Jumpa lagi di lain tutorial, bye.






End of Tutorial #26


Rahman Ahmad.



1 ulasan: